www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

Archive for the ‘UWAIS’ Category

UWAIS MENDAPAT PERHATIAN DI MAJALAH AL-ISLAM KELUARAN APRIL 2010

Posted by solhisharif on 22 March 2010

Alhamdulillah, atas ketetapan Zat Yang Menentukan Segala-galanya, UWAIS Training & Consultancy telah mendapat liputan eksklusif oleh sebuah majalah Islam kontemporari di tanah air kita Malaysia dan juga turut mempunyai pembaca di negara Singapura iaitu ‘Majalah Al-Islam’. Terima kasih kepada wartawan Saudara Mahathir Yahaya kerana sudi memilih UWAIS Training & Consultancy untuk berkongsi pengalaman berkaitan penerapan konsep latihan Kecerdasan Emosi & Spiritual atau lebih terkenal dengan akronim (ESQ) dalam siri-siri latihan pembangunan manusia. Terima kasih juga kepada pihak JAKIM yang telah memandu saya untuk mengendalikan latihan seperti ini.

Mungkin perlu juga saya jelaskan, UWAIS Training & Consultancy bukan sahaja memiliki modul yang melibatkan latihan ESQ semata-mata. Namun, ke semua ‘equilibrium thinking’ (PQ-IQ-EQ-SQ) digabung-jalinkan tanpa tersasar dari fundamental Al-Quran & As-Sunnah yang Agung. Maka sebab itulah, sistem latihan UWAIS mestilah berkesinambungan bermula dari dalam dewan (indoor) hinggalah ke luar dewan (outdoor). Dan hendaklah aktiviti ini melibatkan alam (air-tanah-angin-api) secara langsung dan realiti. Supaya manusia merasakan bukan mereka sahaja yang hidup di atas muka bumi ini. Tidaklah peserta hanya terperuk di dalam dewan sahaja siang dan malam. Apa yang lebih diberi keutamaan, setelah peserta menjalani sesi latihan, peserta akan dipandu apakah tindakan yang perlu dilakukan seterusnya setelah pulang dari latihan nanti. ‘Action’ hendaklah hadir sekali setelah tercetus rasa ‘Tahu & Mahu’ dalam latihan…

Sebenarnya, konsep latihan ini sudah lama digunakan. Bahkan sudah lama diperkenalkan 1400 tahun yang lalu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW manusia nombor 1 paling berpengaruh mengikut kajian Michael H. Hart di dalam bukunya; The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Cuma bentuk dan cara  penyampaiannya disesuaikan dengan keadaan manusia dan tuntutan zaman yang serba moden ini. Maka perkongsian ini telah dimuatkan dalam Majalah Al-Islam keluaran April 2010 mukasurat 52-54.

Kalau boleh saya nasihatkan, sebelum saudara-saudari membuat apa-apa kesimpulan awal terhadap ‘tajuk’nya itu.. adalah lebih baik jika diperhalusi dahulu butiran isi-isinya.. (kerana saya sendiri pun ‘terkejut’ membaca tajuknya sebelum membaca isinya…) semoga ada manfaat yang tersirat dari yang tersurat. Don’t let your stiff perception cage your mind.. (jangan biarkan persepsi jumud menyangkari minda anda… 🙂 Selamat membaca!

 

 

Posted in UWAIS | 4 Comments »

‘PERCEPTION TALK’ KEPADA PENUNTUT BARU ILP

Posted by solhisharif on 8 January 2010

07 Januari 2010

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas

Berinteraksi dengan peserta wanita...

UWAIS dijemput oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mengisi satu slot sempena Minggu Suaikenal Pelajar Baru Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas. Untuk kali ini, saya diminta oleh pihak penganjur untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar baru supaya mereka bersedia untuk melangkah masuk menuntut ilmu di ILP ini. Menurut pihak penganjur, pada kebiasaannya, rata-rata pelajar yang masuk mendaftar ke ILP kerana tidak berpeluang untuk melanjutkan pendidikan ke universiti tempatan yang lain atau yang mempunyai masalah kewangan kritikal. Ini kerana, pelajar di ILP tidak perlu membayar apa-apa yuran pendidikan kerana semua kos di tanggung oleh pihak Kementerian Sumber Manusia selain setiap pelajar diberikan elaun bulanan sebanyak RM100!! Sungguh lumayan… 🙂

Lalu, saya memulakan perkongsian saya dengan penuntut-penuntut baru itu dengan isu ‘Persepsi’… bagaimana manusia melihat sesuatu yang baru itu, dan apa pula persepsi awalnya. Setelah beberapa ‘ujian’ diberikan kepada peserta, saya mula menyedarkan mereka bahawa manusia selalu cenderung untuk melihat sesuatu itu melalui dimensi yang salah. Sesungguhnya ketika manusia melihat sesuatu yang baru, ramai juga di kalangan manusia itu suka mencari keburukannya dahulu barulah kebaikan. Sungguh, ada baiknya berhati-hati… namun sehingga melihat segala-galanya negatif tanpa ada langsung persepsi positif pasti boleh membawa mudarat yang lebih besar.

Peserta lelaki juga tidak ketinggalan berkongsi 'rasa..'

Contoh mudah, dalam alam pekerjaan misalnya, ketika ada ‘junior’ yang baru masuk kerja (awal-awal tahun begini, ramai yang baru masuk kerja…), geng-geng ‘senior’ ini pun mula membuat persepsi yang bukan-bukan kepada si junior tadi. Freshie graduate laa… xder xperience laa.. ader potensi bodek boss la.. itu laa.. ini laa.. Senior-senior tadi itu sebenarnya takut apabila sebaik sahaja junior baru masuk, krediabiliti mereka tergugat. Mungkin ada idea-idea yang bernas yang di bawa oleh junior ini nanti akan ‘menenggelamkan’ mereka. Tinggallah yang senior-senior ni dengan cara lama mereka atau bahasa sekarang ini.. ‘old school..’ masih lagi menggunakan kaset ketika mendengar lagu, dalam suasana sekarang ini orang mula beralih arah kepada i-Pod!! masih tidak memiliki apa-apa gajet penting termasuk hand-phone!! sedangkan pelajar sekolah rendah pun sudah dibekalkan oleh ibu-ayah mereka kerana kepentingannya… Itulah persepsi mereka.. dan persepsi negatif itu tidak terhenti di situ sahaja.

Mereka mula mentakrifkan ‘persepsi liar’ mereka itu melalui tindakan. Senior-senior tadi mula memberi kerja-kerja yang tidak masuk akal kepada junior itu, setiap masa mencari kelemahan dan kekurangan junior itu, ketika junior itu melalukan tugas dengan cemerlang, tiada pula kata-kata semangat atau ‘credit’ kepadanya… yang ada hanyalah kutukan.. supaya junior ini terus hilang semangat untuk bekerja. Sedangkan kelemahan si senior tadi pun apa kurangnya kan…!! Akhirnya yang rugi ialah pejabatnya sendiri… pejabat tiada apa-apa perubahan. Stereotype style… sama sahaja dari dulu sampai sekarang. Kemudian yang disalahkan ialah si junior tadi…

Inilah yang cuba saya sampaikan dalam slot di ILP kali ini. Kesilapan yang kita lakukan hari ini bukanlah kerana perbutan orang lain. Tetapi berpunca dari tangan kita sendiri. Semuanya berpunca hanya kerana ‘persepsi’ yang negatif. Akhir sekali, saya menyeru kepada semua peserta untuk bersedia dari aspek fizikal, mental, dan spiritual bagi menempuh perjalanan sebuah proses pembelajaran langsung. Terima kasih kepada Pensyarah ILP – Y.Bhg. Tuan Haji Faisal di atas jemputan ini. Semoga kalian semua beroleh kejayaan di dunia dan kemakmuran di akhirat kelak…

Antara sof pensyarah dan pelajar yang menjayakan program ini. Sebelah kanan saya ialah Haji Faisal.

Posted in UWAIS | Leave a Comment »

UWAIS BERSAMA JAMBORI NISA’ 2009

Posted by solhisharif on 19 December 2009

18 Disember 2009

Jambori NISA' Pulau Pinang 2009

UWAIS buat pertama kalinya dijemput oleh NISA’ Pulau Pinang untuk menjayakan Jambori Nisa’ Pulau Pinang 2009 bertempat di Kem PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah Darul Aman. Jambori ini dilangsungkan selama 3 hari 2 malam melibatkan  remaja wanita berumur dari 12 tahun sehingga 25 tahun.

Seramai 90 orang peserta telah mendaftarkan diri. Alhamdulillah, kali ini saya diamanahkan untuk menyampaikan pengisian yang mencangkupi perihal “Hidupkan Rasa Beraqidah, Suburkan Rasa Kehambaan.” Objektifnya adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang perlunya kita kepada Allah, menyedari dari mana kita datang?, untuk apa kita dijadikan?, dan ke mana kita akhirnya? Saya juga diminta oleh pihak penganjur untuk membawa slot ini lebih kepada berbentuk muhasabah.

Pada petangnya sebelum slot saya, peserta telah didedahkan dengan Kuliah Dasar Akidah bertajuk “Pemantapan Aqidah Remaja Menuju Alaf Baru” yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Abdullah Khairi. Tugas saya adalah untuk membuat kesinambungan ke atas apa yang telah disampaikan oleh beliau.

Tahniah kepada semua barisan Fasilitator dan Urusetia yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk slot saya. Terima juga kepada Unit Amal Bukit Mertajam (Abg. Anuar, Abg Zaini, Abg. Li, dan rakan-rakan yang lain) yang sudi hadir menghulurkan bantuan sebelum, semasa, dan selepas slot saya.

p/s : Link testimoni peserta yang hadir ke program ini :- http://charkoeyteowgirl89.blogspot.com/2009/12/jambori-nisa-day-1.html#links

Posted in UWAIS | 9 Comments »

HARI INTEGRITI & KUALITI DI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Posted by solhisharif on 19 December 2009

17 Disember 2009

Buat pertama kalinya UWAIS berdiri di hadapan sana..

Ceria sungguh kakitangan MINDEF... 🙂

Bos urut anak buah... bayangkan.. huhu

Buat kali pertama saya melangkahkan kaki ke Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang berpengkalan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Sampai di pintu masuk MINDEF, saya dijemput oleh Ustaz Mahdy Fadhilat mengiringi saya memasuki bangunan tersebut.

Setelah diberikan pas masuk ‘VIP’, saya di bawa ke Auditorium MINDEF. Di sana sedang berlangsung Majlis Sambutan Hari Integiriti & Kualiti Peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia. Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – Menteri Pertahanan Malaysia. Saya pula dijemput ke sini untuk menyampaikan slot tentang ‘Pembudayaan Integriti & Budaya Kerja Kualiti’ di kalangan kakitangan MINDEF itu. Terima kasih yang tidak terhingga buat Y.Bhg. Ustaz Mahdi Al-Hilmy di atas jemputan ini.

Hancurkan persepsi itu..!!

Lebih 400 orang peserta memenuhi auditorium ini

Integriti dan Kualiti menjadi kata kunci saya hari itu. Pada saya, integriti boleh dibina dan diusahakan. Ianya mampu dilakukan oleh semua orang. Islam mempuyai cara dan pendekatan tertentu dalam membina dan mempertingkatkan integriti manusia. Cara yang telah dijalankan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. ternyata berjaya menghasilkan natijah yang baik lagi mengkagumkan. Integriti para sahabat baginda seperti Abu BAkar Al-Siddiq, ‘Umar bin Al-Khattab dan ‘Uthman bin Affan begitu agung dan cemerlang. Kualiti pula memang sudah tersedia ada dalam diri manusia. Kerana Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian (kualiti). Namun, sayangnya manusia yang sudah berkualiti ini tidak pula menyedari akan hakikat ini. Bayangkan apabila manusia yang berkualiti ini menjumpai cara hidup yang bermoral tinggi (integriti), sudah pasti akan menghasilkan natijah yang sungguh luar biasa!!

Sessi autograf bersama peserta..

Semoga semangat ukhuwah bersama MINDEF berpanjangan..

Justeru itu, tugas saya ialah untuk menyuburkan rasa keimanan di kalangan kakitangan MINDEF. Itulah yang pendekatan pertama yang dilakukan oleh Islam iaitu menanamkan keyakinan dan keimanan dalam diri setiap individu. Setiap muslim mesti beriman kepada enam rukun iman yang telah ditetapkan dengan betul dan sempurna. Keimanan yang benar dan tulen, terutama keimanan kepada Allah, kepada Malaikat dan Hari Akhirat akan mampu membentuk peribadi menjadi kuat. Kuat dalam mengerjakan suruhan Islam dan kuat memelihara diri dari apa yang dilarang olehnya. Iman dan yakin adalah perbuatan hati. Hati manusia sifatnya boleh, malah mudah berubah, maka oleh itu setiap muslim mestilah sentiasa menjaga hatinya agar tetap dalam iman dengan menunaikan segala tuntutan rukuan Islam serta ditambah dengan amalan-amalan sunat dan “zikrullah”.

Bersama Alumni Kursus Bina Insan MINDEF 2009 di Langkawi. Sebelah kanan sekali; Ustaz Mahdi Al-Hilmy (orang kuat yang menjayakan program ini)

 

Posted in UWAIS | Leave a Comment »

KEM BINA SYAKHSIAH DI MARKAS STAF STESEN BATU FERRINGHI

Posted by solhisharif on 11 December 2009

8-10 Disember 2009

Antara peserta lelaki sedang mendengar konklusi dari modul yang dijalankan..

Sesi 'Anjung Nurani' bersama fasilitator masing-masing

Sesi 'Bermesra Bersama Alam'...

Bertempat di Markas Staf Stesen (MSS) Batu Ferringhi Pulau Pinang, saya dijemput oleh pihak Masjid Negeri Pulau Pinang untuk bekerjasama menjayakan Kem Bina Syakhsiah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Penyertaan peserta mendapat sambutan yang tinggi namun kem ini hanya terhad kepada 50 orang sahaja. Kehadiran peserta bermula dari umur 12 tahun sehinggalah 18 tahun.

Selain dari barisan Fasilitator terdiri dari kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP) yang bertungkus-lumus menjayakan kem ini, turut hadir sama menyampaikan slot ialah Y.Bhg. Ustaz Haji Yusuff bin Haji Ahmad – Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. Ustaz Zulkhairy bin Ramli al-Hafiz – Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, dan Y.Bhg. Ustaz Ayob bin Yaacob – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAIPP.

Ukhuwwah & Kasih Sayang... kunci utama pembinaan syakhsiah diri

Antara peserta wanita yang hadir ke kem ini

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Imran bin Ibrahim – Pegawai Penyelaras Takmir JAIPP (JAKIM) yang menyusun dan mengatur pertemuan saya kepada kem ini. Kem ini bertambah menarik apabila saya dimaklumkan, modul yang digunakan untuk kem ini dibangunkan sendiri oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP). Tugas saya pula menyuburkan modul tersebut di kalangan peserta. Pada saya, komitmen yang diberikan semua kakitangan telah menjadikan modul itu ‘hidup’ dan membuahkan hasil yang membanggakan.

Pihak Masjid Negeri Pulau Pinang juga bercadang untuk membawa pula modul ini ke setiap daerah di negeri Pulau Pinang melalui masjid daerah masing-masing supaya boleh dimanfaatkan kepada anak-anak remaja muslim di luar sana yang amat tandus tentang ilmu agama Islam ini..

Posted in UWAIS | Leave a Comment »

UWAIS DI MASJID KEPALA BATAS

Posted by solhisharif on 6 December 2009

5 Disember 2009

Bersama barisan Fasilitator dan Urusetia Pelaksana

Peserta wanita...

Akak2 Fasilitator..

UWAIS dijemput oleh Kelab Remaja Lestari (KRL) untuk menjayakan ‘Kem Bestari Solat’ yang berlangsung di Masjid Badiul Badawi, Kepala Batas. Saya diberi tanggungjawab untuk berkongsi dengan para peserta berkaitan dengan ‘Aqidah’ @ keyakinan para peserta dengan kebenaran Agama Islam.

Tajuk ini dilihat begitu penting kepada remaja sekarang kerana rata-rata beragama Islam. Tetapi sayangnya Islam itu hanyalah warisan daripada ibu dan ayah mereka. Apabila ditanya tentang Islam, mereka sudah tidak mampu untuk menjelaskannya.

Saya hadir untuk berkongsi sesuatu kepada peserta dengan harapan mereka mula melihat betapa hebatnya agama yang sedang mereka anuti selama ini…

Peserta lelaki...

Interaksi dengan peserta..

Sesungguhnya inilah kali pertama UWAIS hadir menyampaikan slot di masjid ini. Peserta terdiri dari para pelajar bermula darjah enam (6) sehinggalah tingkatan lima (5). Terima kasih kepada Bos program = Akhi Azarizal, dan rakan-rakan Fasilitator yang lain di atas jemputan ini..

Posted in UWAIS | Leave a Comment »

FORUM PERDANA ‘ERTI PENGORBANAN’ PUSPEN KARANGAN

Posted by solhisharif on 30 November 2009

30 November 2009 (Isnin)

Pembuka bicara... dari kiri; Ustaz Roslan Che Ros, saya, dan Ustaz Irwan Aswandy Asahaari

Antara promosi yang dilakukan oleh pihak penganjur..

Segala puji bagi Allah yang telah menetapkan saya untuk hadir ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kedah Darul Aman bagi menjayakan Forum Perdana PUSPEN Karangan. Dahulunya, PUSPEN karangan ini dikenali dengan Pusat Serenti Karangan. Untuk kali ini, saya diminta untuk mempengerusikan forum yang dihadiri lebih 200 orang ahli keluarga PUSPEN termasuk kakitangan dan penduduk di sekitarnya. Dua (2) orang ahli panel telah dijemput iaitu sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Irwan Aswandy bin Asahaari; Ketua Cawangan Agama di Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan seorang lagi juga sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Roslan bin Che Ros; Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Tajuk yang diberikan kepada kami ialah ‘Erti Pengorbanan’ dan cabaran kepada saya ialah untuk menyediakan soalan kepada ahli-ahli panel supaya tajuk itu relevan dengan kondisi penonton sebagai ‘ahli keluarga’ PUSPEN yang pernah terlibat dengan najis dadah.

Ahli Keluarga PUSPEN sedang menyampaikan nasyid

Acara bermula tepat jam 2.30 petang yang dimulai dengan persembahan nasyid dari ahli keluarga PUSPEN diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Puan Siti Rohani binti Ahmad; Komandan PUSPEN Karangan. Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa antara objektif program seperti ini dilangsungkan ialah untuk meningkatkan kefahaman penghuni dan kakitangan PUSPEN Karangan dalam memahami hakikat sebenar pengorbanan di samping meningkatkan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat sekitar dalam Program Rawatan dan Pemulihan selain mengukuhkan silaturrahim antara penghuni, kakitangan, jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan masyarakat sekitar.

Read the rest of this entry »

Posted in UWAIS | 1 Comment »

SCHOOL HOLIDAY WITH IMAN DI TAMAN DESA SENA

Posted by solhisharif on 23 November 2009

22 November 2009

Bergambar kenangan dengan jawatankuasa penganjur

Adik-adik peserta yang hadir ke program ini

Adik-adik lelaki yang hadir dari pelbagai sekolah

Setelah selesai merasmikan Majlis Ihtifal PASTI Ar-Rahmaniyah di Permatang Rawa, Bukit Mertajam SPU, saya bergerak ke Surau Taman Desa Sena, Tasek Gelugor untuk menyempurnakan hajat penduduk-penduduk di sana bagi menjayakan Program ‘School Holiday With Iman’ anjuran AJK Kawasan Rukun Tetangga, AJK Surau Al-A’laa dan AJK Lorong 9 Taman Desa Sena, Tasek Gelugor, SPU.

Kebetulan sahabat sepengajian saya dulu Ustaz Asril Hafiz turut menyewa di taman itu. Beliaulah yang menghubungkan saya dengan jawatankuasa program ini. Slot saya bermula jam 2.30 petang dengan kehadiran peserta lebih 150 orang bermula dari yang berumur 10 tahun sehinggalah 18 tahun. Turut hadir sama ibu-ibu dan ayah-ayah peserta. Program ini turut disiarkan dalam akhbar KOSMO bertarikh 25 November 2009. Saya muatkan linknyer. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm

Read the rest of this entry »

Posted in UWAIS | Leave a Comment »

KEM REMAJA PERLIS 2009

Posted by solhisharif on 22 November 2009

Ustaz Fakhrurrazi (bersongkok) menyampaikan hadiah tanda kenangan

20 – 21 November 2009

 

SENAMSENI... antara modul yang dijalankan

Berputarlah mengikut arah lawan jam..

Sewaktu dalam perjalanan ke Cameron Highlands, Pahang untuk menjayakan Kursus Bina Insan bersama kakitangan SUK Pulau Pinang, saya mendapat panggilan dari Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Malik bin Husin – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIP). Beliau memaklumkan kepada saya bahawa JAIP buat julung-julung kalinya akan mengadakan kem ini dan memohon saya bersama UWAIS Team menjayakannya.

Kem ini menggunakan peruntukan wang dari pihak JAKIM di bawah Bahagian Hadhari & Pembangunan Insan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIP)memegang amanah untuk melaksanakan program ini dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPN).

Read the rest of this entry »

Posted in UWAIS | Leave a Comment »

BERSAMA BELIA NEGERI PERLIS

Posted by solhisharif on 19 November 2009

18 November 2009
 
Melalui sahabat saya Encik Yusman Yusuf, saya dijemput oleh Gerakan Belia 4B negeri Perlis untuk berkongsi dengan lebih 100 orang belia-belia negeri Perlis yang terdiri dari 16 hingga 20 tahun. Pada awalnya saya diberikan dua (2) slot. ‘SWOT Analysis’ dan ‘Kecerdasan Emosi’.

Posted in UWAIS | 2 Comments »