www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

ERTI IJTIHAD PADA BRAINSTORMING

Posted by solhisharif on 13 February 2010

13/02/2010 – Pantai Balok, Pahang

BRAINSTORMING (13/02/10)

Sama ada sedar atau tidak, apabila kita melakukan brainstorming, Islam telah lebih lama memperkenalkan konsep ini iaitu ‘Ijtihad’. Ijtihad bermakna put all of our effort on our mind progressingBrainstormer atau Mujtahid itu boleh juga  dianggap sebagai kumpulan pemikir atau think tank kepada sesuatu perancangan. Dari aspek psikologi, brainstorming adalah suatu proses manusia memanfaatkan akal yang telah dikurniakan oleh Tuhan (generate our mind) dalam merangka sesuatu perancangan yang bukan sahaja kreatif tetapi juga inovatif. Semakin kuat seorang brainstormer membuahkan idea dengan baik, semakin kuat juga suatu keputusan yang kritikal dan baru dapat dicapai, tanpa menjadi pak turut kepada idea-idea yang lampau.

Berdasarkan pengalaman saya, sesi brainstorming yang baik ialah dengan tidak membezakan jawatan atau entiti kumpulan yang diwakili. Ertinya, jangan ada sebarang pandangan yang dikeluarkan atas sentimen kepentingan jawatan, menafikan kerja yang sepatutnya dilakukan atau menghentam kerja-kerja yang tilah tersilap dilakukan. Khususnya menyerang peribadi pekerja bukan kerja pekerja. Maklumat dan pandangan perlulah dilihat sebagai suatu yang objektif, ikhlas, genuine, tidak bias, dan terjamin keasliannya.

Sesungguhnya, dalam sesi brainstorming, semua cadangan adalah mungkin dan berpotensi. Brainstormer akan memaksa akalnya untuk mengeluarkan idea-idea yang mencapah bahkan idea yang di luar kotak adalah sangat digalakkan. Jangan ‘sekat’ idea-idea yang cuba dikeluarkan walaupun idea yang diberikan kelihatan tidak logik atau tidak sesuai. Ini akan merencatkan potensi yang ada pada brainstormer. Kadangkala, sampai kepada suatu tahap di mana idea yang dikeluarkan oleh brainstormer seolah-olah idea yang dangkal, bodoh, tidak logik dan gila! Tidak mengapa selagi ia masih lagi dalam kerangka proses percambahan idea kerana kadangkala pandangan sebegini berkemungkinan menjadi idea yang paling realistik dan tajam yang mungkin tidak pernah kita fikirkan.

Seelok-eloknya, sesi brainstorming dihadiri oleh orang lama atau mereka yang ahli dan berpengalaman yang mampu memberikan maklumat, data dan tasawur terhadap subjek yang ingin dibincangkan. Dengan mengambil kira ia sebagai suatu maklumat, brainstormer akan mencari suatu jalan dan keputusan yang paling ideal untuk masa kini. Elakkan daripada bertaklid membuta tuli kerana ia akan melahirkan brainstormer yang malas dan mematikan potensi akal untuk berfikir sesuatu yang baru. Apabila malas berfikir, kita akan jadi malas berijtihad. Apabila malas berijtihad, kita tidak akan mampu menemui strategi baru dan tidak dapat membuat sebarang perubahan kearah yang lebih baik . Sebab itu kita lihat strategi dan aksi-aksi yang dibuat oleh gerakan mahasiswa seringkali menjadi langkah ikutan parti-parti politik nasional.

Kaedah brainstorming yang baik ialah dengan cara setiap brainstormer memakai kasut yang pelbagai agar pandangan dan cadangan yang diberikan lebih tepat dan mencakupi kepelbagaian kelompok yang terlibat. Dalam membincangkan sesuatu subjek kemungkinan keputusan yang terhasil akan berhadapan dengan beberapa kelompok.

Namun, apa yang sering mencacatkan sesi brainstorming ialah sifat ‘ego’ dalam mempertahankan pandangan yang mewakili statusnya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang dari mulut yang berjawatan tinggi dan diberi komen oleh orang yang lebih bawah jawatannya… Maka bermulalah pandangan yang dipengaruhi emosi sehingga meninggalkan rasional. Walaupun idea itu biasa-biasa sahaja. Mungkin pekerja yang jawatannya lebih rendah mampu memberi idea yang lebih bernas. Namun, kerana hierarchy system yang menyatakan orang bawah dilihat ‘bodoh’ orang atas dilihat ‘pandai’, maka impaknya, keputusan tidak masak kerana tiada ketelusan dan keaslian semasa memberi pandangan.

Justeru, seorang brainstormer yang baik ialah mereka yang mampu memberikan pandangan daripada pelbagai sudut kelompok yang bakal didepaninya atas keputusan yang akan dibuat. Brainstormer yang baik adalah yang tidak terperangkap dalam kelompok perbincangan sebaliknya melihat skop perbincangan dari luar dan keseluruhan. Kelak keputusan yang akan dibuat bukanlah sekadar “ikut sedap hati” sahaja. (syok sendiri).

4 Responses to “ERTI IJTIHAD PADA BRAINSTORMING”

  1. abuuwais said

    salam
    Syok sendiri satu hal cakap tak serupa bikin pun satu hal juga,,,brainstorm ooo brainstorm…😛

  2. fadzil said

    pergi berjalan jer. tapi at least tahun ni rasa berisi sikit biler ada sorg ahli akademik bercakap. jenis org yang berfikir ‘out of the box’.😉

  3. asril said

    di dalam erti kata yang sebenarnya Islam telah menjadikan Rasulullah sbg contoh pemimpin yang paling terbaik. Sikap ego sesetengah pemimpin di dalam organisasi telah membantukkan pertumbuhan positif di dalam organisasi. Senang berbicara “KASTA HINDU” telah menular sekian lama di dalam sesebuah organisasi dengan brkulitkan sistem pengurusan barat. Malangnya saya sebagai guru tetap tidak terlepas dengan isu ini. apatah lagi berhadapan dengan Ketua berlainan jantina. Cuba tepiskan sikap ego di di dalam diri sebagai seorang lelaki tetapi di sebabkan pemimpin berlainan jantina menjadikan emosi “tuan” di dalam berurusan dengan orang bawahan. menjadi malang bagi saya untuk berhadapan dengan perkara ini. Mungkin sistem pengurusan Islam perlu diketengahkan secara menyeluruh.sekian.

  4. s3mb@lut said

    gi jauh2 pon hasil dia sama ja…
    syok mandi kolam ada la…
    idea ada tp semua x kena..
    last2 ikut ska la..
    kita plak nk pkiaq kt dia..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: