www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KEMELUT PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PUZ MAINPP 2010

Posted by solhisharif on 21 January 2010

21 Januari 2010 / Alamanda Putrajaya

Y.Bhg. Tuan Haji Ustaz Ellias Zakaria

Saat ini, di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), sedang berlangsung mesyuarat MAINPP buat kali pertama sejak pelantikan ahli majlis barunya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang DiPertua MAINPP yang baru – Y.Bhg. Tuan Haji Ustaz Ellias bin Zakaria. Sudah pastilah antara keputusan yang dinanti-nantikan ialah siapakah yang akan menerajui Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang (PUZ) atau lebih tepatnya As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (ASUZ)?

Mengimbau tarikh 30/12/09, telah berlangsung mesyuarat Lembaga Pengarah PUZ yang terakhir bersama Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya di Hotel Summit, Bukit Mertajam. Pulau Pinang. Antara keputusan yang dibuat, Y.Bhg. Tuan Haji Ustaz Ellias bin Zakaria telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PUZ berkuatkuasa tarikh itu sehinggalah hari ini.

Namun, beberapa hari yang lepas, ura-ura mengatakan (termasuk di dalam Malaysiakini bertarikh 20 Januari 2010) bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyenarai pendek dua nama iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti – Y.B. Mansor bin Othman dan Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Kassim – Exco Agama Pulau Pinang untuk dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ASUZ menggantikan Tuan Haji Ustaz Ellias Zakaria.

Namun, jika dibaca dari sudut perundangan, perlantikan Tuan Haji Ustaz Ellias Zakaria selaku YDP MAINPP adalah selaras dengan peraturan dan undang-undang syarikat mengikut Akta Syarikat 1965. Keputusan MAINPP yang lepas telah menjelaskan bahawa hanya YDP MAINPP mewakili MAINPP sendiri dan YDP MAINPP adalah pemegang saham 100% dalam syarikat As-Shahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (ASUZ) ini. ASUZ adalah anak syarikat milik penuh MAINPP. Oleh yang demikian, selayaknya Pengerusi Lembaga Pengarah PUZ diterajui oleh YDP MAINPP. Bahkan memang sudah menjadi tradisi turun-temurun sebelum ini, siapa yang menyandang jawatan YDP MAINPP secara praktikalnya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ASUZ.

Y.B. Mansor Othman

Walaupun perlantikan dari pihak lain bukanlah suatu kesalahan, namun timbul juga beberapa persoalan MASYARAKAT yang menuntun kepada justifikasinya. Saya telah membaca beberapa blog orang awam, mendengar pendapat dari masyarakat dan inilah hasil dapatan saya.

Rata-rata masyarakat menyoal (bukan suara saya) diantaranya, kenapa perlu ‘dicari’ pengerusi dari luar MAINPP? Y.B. Mansor adalah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Tidak memegang portfolio agama. Apatah lagi sebagai Ahli Majlis MAINPP. Lainlah rentaknya kalau beliau menyandang jawatan YDP MAINPP… atau YDP MAINPP yang ada sekarang ini tiada kelayakan atau pengalaman.. wajar juga bunyinya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ASUZ.

Mereka juga berpendapat YDP MAINPP sekarang ini adalah orang yang terlebih layak untuk menjadi Pengerusi  Lembaga Pengarah ASUZ. Tidak layakkah Tuan Haji Ustaz Ellias Zakaria? Beliau seorang pensyarah berpengalaman lebih 15 tahun di USM. Ahli akademik profesional yang amat arif selok-belok tentang ASUZ. Kerana sewaktu di bawah pemerintahan Dato’ Seri Haji Hilmi Yahaya dan Y.B. Haji Shabudin Yahaya sebagai YDP MAINPP, beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah ASUZ dalam tempoh yang begitu lama. Banyak idea-idea yang bernas diutarakannya sehingga tercapai dan terlaksana. ‘Seniority‘ di ASUZ untuknya tidak dapat disangkal lagi..

Di atas sebab itulah, masyarakat tertanya-tanya kenapa dengan ‘tiba-tiba’ perlu mencarikkan adat yang telah terbiasa dilakukan sejak ASUZ ditubuhkan pada tahun 1994. Iaitu siapa yang menjadi YDP MAINPP pasti merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PUZ. Sungguh, perlantikan ini tidak melanggar mana-mana undang-undang di peringkat negeri atau syarikat. Biarpun tidak salah, tetapi ganjilnya tetap ada… Anehnya tetap kelihatan… Peliknya tetap terpalit…

Masyarakat cukup sedar bahawa ASUZ pada tahun 2009 telah berjaya mengutip wang zakat di negeri Pulau Pinang sejumlah RM44 juta. Dengan kenaikan kutipan zakat antara 15%-20% setiap tahun, seolah-olah pada ASUZ ada ‘gula’ yang mesti dihurung!! apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak stabil sekarang ini…

Saya hanya menulis di atas apa yang saya baca, lihat dan dengar di sekeliling masyarakat dan tidak lebih daripada itu. pada saya, siapa yang memegang jawatan itu tidaklah begitu penting, yang lebih penting ialah lakukanlah dengan penuh amanah, dilakukan dengan tersusun, penuh dedikasi, menghormati dan dihormati. Semoga tiadalah unsur-unsur permainan yang halus tanpa telus untuk episod ini.. Semoga keikhlasan dan hati yang tulus murni ada dalam diri pemimpin-pemimpin pilihan rakyat ini… Hiduplah dalam wilayah ukhuwah yang saling sayang-menyayangi… Salam Perdamaian🙂

6 Responses to “KEMELUT PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PUZ MAINPP 2010”

  1. abuuwais said

    Salam
    Nk cakap pun susah tak cakap pun susah,,,wait and see jer lah.

  2. Gitulah nmpaknya… we’ll wait for next meeting on Feb..🙂

  3. Assalamu’alaikum w.b.t

    Saya kenal sangat siapa Ust Elias. Bukan setakat Ust sahaja, anak-anak dan isterinya pun saya kenal. Pernah memegang jawatan Pengarah Pusat Islam USM dan penasihat Persatuan Mahasiswa Islam USM. Ust juga merupakan pensyarah saya. Saya yakin dengan Ust Elias. Laju MAIP laju…

    Wassalam

  4. Salam Hormat Puan Radieah,
    Sama2 kita doakan kejayaan semua yer..🙂

  5. fadzil said

    lamer dah didambakan seorang ‘kapitan’ dari kalangan ahli akademik. insyaallah better than seorang ahli politik…😉

  6. asril said

    Banyak perkara yang perlu kita semua nilai semula di dalam kemulat ini.mungkin ada perkara tertentu yang perlu PAKATAN RAKYAT muhasabah. Kemelut ini akan memberi kesan jangka masa panja kepada pemerintah kerajaan sekarang. Rakyat yang mengharap akan kecewa dan meberi menunjukan ketidakpercayaan jikalau terus bersikap “tiris” dalam menjalankan amanah rakyat.Rakyat mahu tindakan dan praktikal yang murni bukan hanya mahu berkokok memberi simbol kepada rakyat yang akhirnya menjadi sia-sia.
    “jaga-jaga pemimpim PKR!rakyat menilai kamu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: