www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

LAFAZ ‘ALLAH’ EKSKLUSIF UNTUK UMAT ISLAM SAHAJA… TIBA MASA UMAT ISLAM BERSATU

Posted by solhisharif on 1 January 2010

01 Januari 2010

The HERALD yang mencetuskan kontroversi di Malaysia

Dalam ‘Malaysiakini’ bertarikh 31 Disember 2009 melaporkan, “…Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan ‘Allah‘ adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah ‘tidak sah dan batal”. Menurutnya, akhbar mingguan ‘The Herald’ boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya eksklusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi perkataan ‘Tuhan’ dalam versi bahasa Melayu mereka. Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’…”

Lembaran tahun 2010 dibuka dengan satu isu yang cukup hangat diperkatakan sekarang ini. Apatah lagi apabila terdapat pelbagai pendapat ilmuan mengatakan TIDAK BOLEH dan ada juga yang MEMBOLEHKAN. Selain akhbar THE HERALD, turut terdapat HERALD Online yang membolehkan semua umat kristian terutama umat kristian di seluruh Malaysia tidak kira di mana mereka berada boleh mengetahui berita serta perkembangan terkini gereja serta isu semasa di dalam dan luar negara melaluinya. HERALD Online ini dilengkapi 3 bahasa (melayu,cina,tamil) selain daripada bahasa english serta dilengkapi dengan Herald Video Galery.

Pertama sekali, hendaklah kita jelas-sejelasnya bahawa isu ini adalah isu furu’ (cabang) aqidah yang tidak boleh menjatuhkan seseorang itu kafir. Inilah yang disimpulkan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam blognya. Adalah amat tidak wajar untuk menuduh sesiapa yang membenarkan isu ini tergolong dalam kategori Islam liberal, kerana di sana mungkin terdapat ruang perbincangan yang penuh dengan hikmahnya.

Muda-Mudi Islam hari ini..

Mari kita lihat Nas Al-Quran ini yang bermaksud :- Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (al-Zukhruf : 87-88).

Perhatikan ayat di atas, bukankah gambaran dari kisah itu menunjukkan Allah itu telah diketahui oleh semua manusia. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dahulu. Lalu, menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah kuat daripada hujah kumpulan yang menolak.

Mungkin ada juga yang bertanya, kalaulah perkataan ‘Allah’ itu dibenarkan… dan Bible itu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu . Ertinya, dalam Bible itu adanya perkataan ‘Allah’. Bayangkan Bible itu diedarkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia (yang cetek ilmu agamanya). Tanpa usul periksa, terus menggunakannya sebagai hujah… Kita boleh menjawabnya dengan mudah. Bukanlah Bible rujukan kita tetapi Al-Quran. Dan umum mengetahui Bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

Namun, itu jawapan kepada mereka yang boleh membezakan Al-Quran dengan Bible.. Bagaimana pula kepada muda-mudi muslim kita yang Al-Quran pun tak pernah dilihatnya… apatah lagi membacanya. Dalam suasana umat Islam di Malaysia yang ibarat sedang lemas di sungai yang dalam.. sedang hanyut dengan arusnya yang deras.. tiba-tiba ada sebatang kayu besar memintas di hadapannya dan terus dicapai (kononnya untuk menyelamatkan diri).. namun sayangnya yang dicapai itu bukanlah kayu.. tetapi buaya yang nampak seperti kayu!!

Kelompok sebeginilah yang menjadi sasaran mudah mereka

Bayangkan juga ketika mana kita ingin membuat rujukan tentang ‘Allah’ melalui ‘Google’, pada waktu itu Kristian juga dibenarkan menggunakan kalimah itu, sudah pasti kita akan mudah dikelirukan. Yang mana satukah benar.. dan yang mana satukah palsu…

Menilai kepada keadaan ini, saya cukup bersetuju untuk jika sesuatu tindakan berbentuk larangan kepada pihak Kristian oleh pihak kerajaan seperti yang dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kerana mudaratnya lebih besar dalam hal ini. Penggunaan nama ‘Allah’ oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang supaya umat Islam tidak terkeliru ‘Allah’ yang mana satukah dimaksudkan ini. Ditambah pula melihat ketaksuban dakyah missionary bukan Islam yang pasti menggunakan kelebihan ini untuk tujuan dakyah mereka. Dibimbangi mereka akan mengekploitasi kalimah ‘Allah’ untuk kepentingan dakyah mereka demi merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan, jika nanti ada hujah yang kuat untuk membenarkan pihak Kristian menggunakan nama Allah (seperti yang dibincangkan secara ringkas di atas tadi), namun kita juga perlu jelas bahawa umat Islam kita di Malaysia ini amat lemah.. terlalu lemah.. LARANGAN amat diperlukan demi menghindarkan dari malapetaka yang lebih besar selepas ini..

Saya mengatakan ‘LEMAH’ bukanlah bermaksud mengaku kalah atau mengundurkan diri. Tetapi untuk memberi isyarat bahawa umat Islam di Malaysia menjadi kelam-kabut apabila ada pihak yang bukan Islam ingin menggunakan kalimah Allah. Persoalannya kenapa TAKUT..? jawapannya mudah.. kerana kualiti aqidah umat Islam di Malaysia amat teruk sekali. Mungkin ada yang mengatakan, telah banyak usaha untuk tujuan ini.. namun, mari kita lihat pula dari aspek yang lain.. Bagaiman pula dengan KESANNYA!!!??? Berkesankah kelas-kelas pengajian Aqidah kepada umat Islam kita selama ini? Lihatlah muda-mudi kita…. berkesankah kaedah pengajian Aqidah kepada mereka? Kalau benar berkesan, kenapa makin hari makin ramai pula manusia lupakan Allah…? ramai juga yang menukar agama… ramai pula yang melakukan dosa…. kenapa mereka tidak yakin adannya Allah….?? Sedangkan begitu banyak kelas-kelas pengajian Aqidah kalau nak dihitungkan di Malaysia ini.

Sudah sampai masanya umat Islam bersatu kembali..

Tertarik sungguh saya membaca sirah Nabi SAW yang telah menyebarkan TAUHID dengan begitu mudah dan pantas. Atau bahasa kita sekarang ini ‘speed & easy’… Seorang arab badawi yang buta huruf (berbeza dengan umat kita yang rata-rata mampu membaca dengan baik) datang bertemu Baginda dapat memahami ini semua hanya dalam beberapa sesi ringkas (Tak perlu buat kelas pengajian seminggu sekali atau sebulan sekali seperti yang kita hadiri selama ini) Kefahaman orang arab badawi itu tidak terhenti setakat itu, bahkan mampu pula pulang ke pangkuan kaumnya dan mengislamkan seluruhnya dengan akidah yang jelas. Berbeza sungguh senario di Malaysia, pengajian akidah begitu berfalsafah dan memeningkan kepala. Kesannya, yang belajar bukan bertambah arif dan faqih, tapi makin kabur dan luntur.. kabur tentang aqidah yang sebenar.. kemudian luntur semangat untuk hadir ke kelas-kelas pengajian yang seterusnya..

Sekarang, mari kita bayangkan pula kalau semua umat Islam di Malaysia memiliki kekuatan aqidah yang hebat, dalam suasana agama lain juga boleh menggunakan kalimah Allah itu… saya pasti isu ini hanya menjadi suatu isu yang picisan… sebutlah apa nama tuhan sekalipun, berkongsilah menggunakan nama Allah sekalipun, keyakinan kita tetap kepada Allah yang Satu seperti yang termaktub di dalam Al-Quran (Surah Al-Ikhlas).. Semua umat Islam yang mantap aqidahnya ini menjadi amat berhati-hati ketika memilih hujah dari nas Al-Quran dan As-Sunnah (tidak seperti sekarang ini main semberono menggunakannya). Takut terguna hujah dari kitab-kitab agama lain (kerana mereka juga menggunakan Allah). Namun ini semua tak berlaku pada umat kita hari ini… maka akhirnya, kita menjadi takut dan terus takut. Mengharapkan kekebalan undang-undang mengawal agama kita.. sepatutnya agama itulah yang mengawal undang-undang..

Maka, saya berpendapat selain dari kita berdemonstrasi, bermemorandum, dan berpetisyen demi menyatakan usaha menjaga kalimah ‘Allah’ itu supaya eksklusif untuk umat Islam sahaja, elok juga kita melaungkan sama suara untuk meningkatkan kualiti aqidah umat Islam kita.. MENGHALANG kalimah Allah untuk kegunaan non-muslim dan MEMBANGUN kualiti aqidah umat Islam HENDAKLAH DILAKUKAN SERENTAK!! Sudah sampai masanya guru-guru agama khususnya yang menyampaikan ilmu Tauhid perlu mencari kaedah yang‘speed & easy’ untuk umat Islam di Malaysia ini.

Namun kejayaan ini hanya akan membuahkan hasil jika SEMUA PIHAK yang jelas tentang kesucian Islam berganding bahu dalam perkara ini.. Inilah masanya umat Islam berganding bahu tidak kira bangsa, fahaman politik, tahap sosial, tahap mentaliti. Tinggalkan semua itu…. Bercantumlah!! bersatulah!! supaya musuh Islam menjadi gerun melihat umat Islam SEMUANYA kembali bersatu.. inilah harapan saya.

6 Responses to “LAFAZ ‘ALLAH’ EKSKLUSIF UNTUK UMAT ISLAM SAHAJA… TIBA MASA UMAT ISLAM BERSATU”

  1. sofea_sofieya said

    adeh,pyhnye nk phm mnda ni..
    cmna nk phmkn??
    bleh rngkskn x?sbb sye btl2 nk thu tntg ni…

  2. Ringkasnyer..

    kalimah Allah ini mmg dah well-none di kalangan non-muslim. Mereka jg mggunakannya dlm penulisan dan pencakapan mereka. Contoh paling simple, ayah kepada Nabi kita Muhammad SAW bernama ‘Abdullah – bermaksud hamba Allah. Bapa Baginda confirm lahir pada zaman jahiliah sebelum Islam datang. Sebab Islam hadir bersama-sama dgn anaknya sebagai Rasul. Nama ‘Abdullah itu pula semestinya diletakkan oleh datuk Baginda iaitu Abdul Muttalib. Siapa pula Abdul Muttalib ni? Datuk Baginda nii pernah menjadi ketua kaum Quraisy (orang arab jahiliyah). Orang-orang Quraisy juga bertawaf sambil menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

    Sekarang cuba perhatikan… orang-orang Jahiliyah yang tak kenal Islam pun menggunakan nama Allah. Meletakkan nama anak-anak mereka, menyeru, menyahut, bersumpah, berdoa… namun hakikatnya mereka bukan Islam.. Namun, mereka tetap menggunakan perkataan Allah..

  3. sofea_sofieya said

    thanks,sbb bgi rngksannya..

    tp blehkh org bkn islm mletkkn n mnggunakn nma ALLAH
    pda sesuatu??
    bnda 2 xbrdosakh??
    klau brdosa,dosa 2 dpt kpd siapa??

  4. salam..
    sekadar nak berkongsi maklumat yg saya dengar masa ceramah haritu..
    penceramahnya merupakan orang kanan Mufti Perak..
    secara kesimpulannya [sbb kalo nak citer sumer haruslah panjang berjela]
    sama ada akidah umat Islam mantap ke/x mantap..
    hakikatnya mmg x boleh jugak non Muslim guna perkataan Allah..
    ada 4 perkataan yg memang depa x boleh guna dlm apa jugak keadaan pn iaitu:
    -ALLAH
    -KAABAH
    -BAITULLAH
    -SOLAT

    pada pndpt saya, mcm btol la jugak apa ustaz 2 ckp..skrg kita boleh la kata kalo akidah umat Islam mantap, pekara ni x kan menjadi isu..x menjadi masalah utk kita sbb pegangan kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah..bukan Bible dsb..tp perlu kita ingat, iman manusia ni x sntiasa meningkat mcm para Rasul..x jugak statik mcm malaikat..

    sama jugak kesnya dgn apabila kiamat hampir belaku..dajjal pn keluar..kalo org yg kuat iman n akidahnya, x kan terpedaya dgn janji manis dajjal..x kan mengaku dia Tuhan walaupn tengah kedahagaan yg teramat sangat..tp kita yakin ke yg kita akan slamat dr godaan dajjal laknatullah? Yakin ke iman n aqidah kita ni mantap semantap mantapnya?

    Tp dlm kes dajjal 2 kita mmg x boleh nak elak la sbb pekara 2 pasti belaku [melainkan kalo Allah dah jemput kita awal]..cuma nya dlm kes non Muslim [Kristian] nk guna kalimah Allah 2, saya rasa lebih baik kita bangkang n tentang..utk kemaslahatan besama terutamanya umat Islam..kalo kita da bg green light, nnt mcm2 lg yg depa mntak..biasa la musuh Islam, x kan behenti n bediam diri slagi kita x ikut agama depa kan.. [Al-Baqarah:120]

    apepn, saya hormat pendapat ust..saya pn cetek ilmu sebenarnya.. merepek2 boleh la..huhu..kalo ada yg tesalah, harap ust boleh btolkan..minta maaf kalo ada yg x kena dlm komen sy nih.. Wallahua’lam.. wassalam..

  5. din said

    Sila ruju juga:

    http://www.islam.gov.my/portal/pr_kalimah_Allah.php

  6. syukran atas link ini. semoga bertambah lg ilmu kita semua..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: