www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

TERENGGANU LABUR RM5 JUTA LAKSANA PROGRAM ‘REMPIT SIFAR’ & ‘JINAK REMPIT’

Posted by solhisharif on 24 December 2009

23 Disember 2009

Terengganu laksana Program ‘Rempit Sifar’ & ‘Jinak Rempit’ !!

Ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama tentang tajuk berita hari ini..

Terdiam sekejap saya membaca tajuk berita ini dalam Malaysiakini. Apa kena dengan tajuknyer..? Tajuknyer x ada cacat celanya kan… segala-galanya nampak menarik jer… Ditambah pula apabila isi berita ini memaklumkan sebanyak RM5 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan program ‘rempit sifar’ dan program ‘jinak rempit’ yang akan berkuatkuasa tahun depan (2010). Tujuannya, untuk memastikan gejala sosial yang semakin membarah di kalangan remaja di negeri itu dibendung. Peruntukan yang besar itu menggambarkan langkah proaktif kerajaan negeri dalam memastikan golongan belia di negeri itu tidak berterusan terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah.

Selepas membaca isinya dengan penuh teliti, mulalah kepala saya ni diterjah dengan soalan-soalan yang memerlukan jawapan.. silalah kalau ada yang mampu memberi jawapannya.. hehehe…

Antara soalannya… ingin jugalah saya tahu bagaimanalah bentuk pelaksanaannya sampai menelan belanja juta-juta nii.. kalau setakat kempen, buat banner, edar risalah, buat kompleks niaga belia (dengan harapan belia yang merempit tu berniaga) dan sezaman dengannya, memang boleh habis juta-juta tu… tapi kesannya?? hehe.. macam dok tengok sekarang laa.. Amik belia merempit berniaga… memang diorg nii ‘berniaga’ sungguh.. bukan setakat barang-barang yang perlu diniagakan mereka jual.. sekali dengan meja, telefon, peti ais, mesin faks, semua diorg jual.. (kena ingat, mereka ini cukup mahir soal jual-menjual nii..)

Soalan lain… Agak-agak RM5 juta tu datang daripada mana erk? Kalau kuwar dari poket sendiri.. rasanya x sanggup main juta-juta nii. Dalam keadaan ekonomi gawat camni.. Melainkan duit orang laa.. duit rakyat.. kalau duit orang laa, boleh ker guna sewenang-wenangnya… rasanya boleh laa kot erk.. macam x biasa plak.. huhuhu

Soalan lagi.. kalau laa guna wang rakyat (kalau guna laa).. saya sebagai rakyat berhak ler nak tahu kan apa justifikasi keberkesanannya program nii? sebab juta-juta nii.. mesti dahsyat punya kesannya… agak-agak boleh ker nak mensifarkan rempit nii? boleh ker..?

Lagi-lagi soalan… kalau dah itu x kena, ini x kena.. bagi laa cadangan apa yang kena.. pandai cakap jer… (terus terbantut untuk pikir soalan-soalan lain.. huhuhu)

Bayangkan RM30 juta wang rakyat diperuntukkan untuk Program Pembangunan Belia dalam bajet 2010… semuanya untuk belia. Inilah hakikatnya di negara kita Malaysia. Rakyat yang membangunkan Belia. Sepatutnya Belia membangunkan Rakyat!!

Harapan saya… semoga program ini berjaya ‘mengosongkan’ rempit di jalanraya Negeri Terengganu…. dan semoga program ‘menJinak Rempit’ ini tidak bertukar menjadi ‘menTernak Rempit’…

Bagaimana pula harapan anda…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: