www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

BALA TERUS MENIMPA DIRI… MARILAH MUHASABAH DIRI

Posted by solhisharif on 24 December 2009

24 Disember 2009

SYUKUR kepada Rabb yang masih mengurniakan kepada kita segala nikmat-Nya. Semoga keyakinan kita kepada-Nya terus mekar dalam iman. Baru sahaja kita menjengah masuk Tahun Hijriah yang baru. Tengah syok-syok menyambut tahun baru dalam ‘mood’ bercuti, tiba-tiba datang pula bala yang tidak diundang menimpa diri…. Dan bertambah parah, kalau bala ini bertimpa-timpa x pernah berhenti.. Kita pun mula tertanya-tanya sambil menggeleng-gelengkan kepala: “mengapa aku jadi begini?”, atau “mengapakah Tuhan melakukan padaku begini?” Inilah ‘petanda’ sudah sampai masa kena muhasabah diri… Mungkin selama ini kita terlalu mendongak ke atas, sehinggakan kita lupa jalan yang disusuri itu mungkin ada lopaknya..

Namun, kerana keegoan yang ada, setiap kali bala menimpa diri, kita menuding jari puncanya kerana orang lain. Seolah-olah kita tiada kaitan langsung. Maka teringatlah saya dengan ayat Allah SWT: (maksudnya) “Dan musibah apa pun yang menimpamu adalah kerana perbuatan TANGANMU SENDIRI, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)” (Surah As-Syura 30)

Ketahuilah, apabila Allah SWT menurunkan bala kepada hambanya… terdapat tiga (3) kategori bala itu. Mari kita bermuhasabah satu persatu.

Pertama; Bala Takrim – iaitu bala yang Allah turunkan kepada hambanya kerana untuk memuliakan dan meningkatkan lagi darjat hamba tersebut. Seperti ujian yang diterima oleh para Nabi dan Sahabat. Apabila Allah sayang kepada hambanya, ujian demi ujian Allah berikan. Ujiannya amat getir. Yang kadang-kadang menguji kesabaran sebagai seorang manusia. Orang di sekeliling menzaliminya… Orang di sekeliling suka apabila kita dikenakan hukuman.. Namun ingatlah kiasan ini, ibarat ‘mutiara’… lagi dihimpitnya ke tepi, lagi dihalangnya ke atas, lagi ditekannya ke bawah, akhirnya dia lahir sebagai mutiara yang paling berharga. Orang tetap mencarinya… orang sanggup membelinya… kerana nilainya yang cukup berharga. Hanya orang yang ‘Arif’ mampu memberi nilai kepadanya.

Itulah tanda Bala Takrim dari Allah. Bersabarlah… tidak lama lagi Allah akan mengangkat kalian dengan sendiri-Nya.. dengan Izzah-Nya.. bukan dengan tangan-tangan manusia yang penuh dengan dendam kesumat dan kepentingan diri. Yakinlah dengan kata-kata Nabi s.a.w yang bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi kerana ianya dibawa atas lindungan awan dan Allah Yang Maha Tinggi berfirman: “Demi kemuliaan dan keagunganKu, akan Aku menangkan engkau walaupun selepas beberapa lama” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, dinilai hasan/ al-Sahihah:870).

Kedua; Bala Ta’dib – Bala jenis ini Allah bagi kepada hambanya sebagai pengajaran supaya hamba tersebut sedar dari kesilapannya. Mungkin di rumah kita selalu menzalimi keluarga kita. Kita x jalankan peranan kita dengan baik. Dengan sesama manusia, kita x pernah merasai kesusahan mereka ketika mereka memerlukan bantuan kita. Kita merendah-rendahkan mereka ketika mereka memerlukan kita. Sedangkan kita ada tenaga dan kuasa untuk melaksanakannya. Di tempat kerja, kalau kita sebagai pekerja bawahan, mungkin kita bekerja tak ikhlas. Buat ala kadar sahaja. Yang penting punch-in pukul 8.00pg dan punch-out pukul 5.00ptg. Kualiti kerjanya entah ke mana. Dari dulu sampai sekarang gaya kerjanya sama sahaja. X berani membuat sesuatu yang baru.. yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain. Yang penting tiada risiko. Tiada masalah. Bekerja dalam ‘Zon Selesa’ sambil meneropong dan mencari kelemahan kawan-kawan sepejabat dan menyebarkannya, supaya nampak dialah yang terbaik di pejabat…

Begitu juga kalau kita sebagai majikan, mungkin kita x pernah hargai pekerja kita di bawah. Kita hanya guna mereka bila perlu sahaja. Pandai menggunakan kepakaran mereka, tapi x pandai pula nak menghargainya. Membuat undang-undang yang hanya menguntungkan kita, tapi menganiaya pekerja. Menzalimi pekerja.. Mungkin kita pernah buat semua ini… dan mungkin kita lupa… dan kerana itulah Allah memberi Bala Ta’dib kepada kita supaya kita belajar…

Bukankah ramai manusia yang melakukan kezaliman telah pun melupai mangsanya, namun insan yang dizalimi tidak pernah lupa. Tidak akan lupa sama sekali…

Teringatlah saya firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (Surah Ibrahim 42-43).

Ya, ramai orang zalim telah melupai mangsa mereka. Ketika mereka dalam keseronokan bersama dunia, mangsa-mangsa mereka merintih penderitaan dan kesakitan. Allah tidak pernah lalai dan alpa atas apa yang dilakukan..

Maka bersiap-sedialah!! Allah sedang berbicara denganmu… Allah sedang mengajarmu… Nilai pengajaran dari Allah ini tiada tandingannya kalau hendak dibandingkan dengan Sijil mahupun PhD.

Ketiga; Bala Ta’zib – Bala ini Allah bagi kepada hambanya sebagai azab  kerana tidak beriman kepada-Nya. Bersyukurlah kerana kita masih bergelar MUSLIM yang masih menganut agama Islam. Namun, berhati-hatilah.. takut-takut kita boleh tergelincir dari keimanan yang sebenar. Biarpun kita telah berjaya melengkapkan kesemua Rukun Islam, belum bermakna Syurga sudah di sebelah kaki kanan kita.. Berapa ramai yang kecundang di pintu Syurga? Berapa ramai yang lupa diri setelah Allah uji mereka dengan nikmat duniawi? Mereka ini tidak merasa zalim dan berdosa. Jika ditanya, mereka menjawab: ini kerja aku. Aku tahu apa yang dilakukan.

Mereka nampaknya sudah lupakan kata-kata Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari). Maka tidak hairanlah kenapa ‘Bala’ yang digalasnya itu lebih berat bebannya dari apa yang pernah dia bebankan kepada orang lain dulu… kadang-kadang lebih besar kerugiannya dari apa yang pernah dia rugikan orang lain dulu…

Sekarang, bukan lagi masanya untuk kita bercakap keras, meninggikan suara, menunjukkan kitalah yang berkuasa… Tidak cukupkah bala yang digalas sebelum ini, selama ini, baru-baru ini… dan mungkin juga bala yang sedang menanti kita di hadapan? Cukuplah, dengan apa yang berlaku ini, lihatlah yang mana satu kategori kita di antara tiga itu… Muhasabahlah dari atas apa yang berlaku. Akhir zaman, Allah SWT menunjukkan segala kekuasaan-Nya tanpa diduga oleh manusia…

Jadi, kategori manakah kita..?

5 Responses to “BALA TERUS MENIMPA DIRI… MARILAH MUHASABAH DIRI”

  1. tukaqpaip said

    salam…
    Syukurlah kehadrat Allah swt yg telah memberi hidayah kepada enta untuk mengenang segala bala yg diterima.Bukan senang org nk terima musibah melalui Muhasabah!Tahniah Bro…di tahun hijrah yg baru nie harap2 leh la berubah ke arah kebaikan atau pun menambah baikkan apa yg kurang.Doakan ana sama Bro!!!

  2. Amin Ya Allah… Amin…🙂 sama2 doakan..🙂

  3. sofia_sofieya said

    assalamualaikum,
    tjk ini,klau drnung2kn mnkin akn mngingatkn kita tntg
    kaum trdahulu,yg ALLAHmnurunkn bala kpd mreka,dn ksah nya trtulis ddlm al-quran..
    oleh itu,
    marilh kta sma2 brmuhasabh diri,smpena memasuki thn bru ini
    dn berusaha mnjdi yg trbaik dlm apa yg dlakukn n
    insyaALLAH diredhai ALLAH.

    AMIIN…

  4. W’salam Sofia,
    Selamat Menyambut Tahun Baru..!! semoga panjang umo dlm keberkatn & murah rezeki yer..🙂

  5. fahmie said

    Memang benar apa yg tersirat dan tersurat adalah dibawah kekuasaannya. Satu ketika dulu orang itu dihina, dikeji dan di pandang Rendah oleh masyarakat, tetapi sekarang tuhan telah mengangkat Darjat Orang yg dihina dan dizalimi itu kearah kebaikkan ,disenangi, disukai dan disayangi masyarakat. Ingatlah wahai sahabat…, kita merancang, orang juga merancang…, tetapi rancangan Tuhan adalah lebih baik dan mengatasi segala-galanya. Pasrah suka duka silam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: