www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

UWAIS BERSAMA JAMBORI NISA’ 2009

Posted by solhisharif on 19 December 2009

18 Disember 2009

Jambori NISA' Pulau Pinang 2009

UWAIS buat pertama kalinya dijemput oleh NISA’ Pulau Pinang untuk menjayakan Jambori Nisa’ Pulau Pinang 2009 bertempat di Kem PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah Darul Aman. Jambori ini dilangsungkan selama 3 hari 2 malam melibatkan  remaja wanita berumur dari 12 tahun sehingga 25 tahun.

Seramai 90 orang peserta telah mendaftarkan diri. Alhamdulillah, kali ini saya diamanahkan untuk menyampaikan pengisian yang mencangkupi perihal “Hidupkan Rasa Beraqidah, Suburkan Rasa Kehambaan.” Objektifnya adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang perlunya kita kepada Allah, menyedari dari mana kita datang?, untuk apa kita dijadikan?, dan ke mana kita akhirnya? Saya juga diminta oleh pihak penganjur untuk membawa slot ini lebih kepada berbentuk muhasabah.

Pada petangnya sebelum slot saya, peserta telah didedahkan dengan Kuliah Dasar Akidah bertajuk “Pemantapan Aqidah Remaja Menuju Alaf Baru” yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Abdullah Khairi. Tugas saya adalah untuk membuat kesinambungan ke atas apa yang telah disampaikan oleh beliau.

Tahniah kepada semua barisan Fasilitator dan Urusetia yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk slot saya. Terima juga kepada Unit Amal Bukit Mertajam (Abg. Anuar, Abg Zaini, Abg. Li, dan rakan-rakan yang lain) yang sudi hadir menghulurkan bantuan sebelum, semasa, dan selepas slot saya.

p/s : Link testimoni peserta yang hadir ke program ini :- http://charkoeyteowgirl89.blogspot.com/2009/12/jambori-nisa-day-1.html#links

9 Responses to “UWAIS BERSAMA JAMBORI NISA’ 2009”

  1. g-ah said

    yeah…sy pown ade skali time nie…huhu

  2. Assalammualaikum ust..
    saya nk mintak izin ust untuk copy gmbr tem ceramah ustaz kt jambori nisa’ baru2 ni..
    n nak pastekan dlm blog saya..
    [err, act da copy n paste kan dah pn 1 gambar baru mntak izin..hrp ust x kisah..mintak maaf bnyk2]
    n trima kasih banyk2 jugak utk segala ilmu yg ust sampaikan malam 2..
    it is a great2 experience..
    thanx so much..
    wassalam..

  3. w’salam wrt. wbt. charkoeyteowktgirl89,
    Oo.. dh amik baru minta erk..!! bleh2..🙂 sama2. Tima kasih jg ats komitmen yg diberikn..
    minta izin jgk nk linkkan blog charkoeyteowktgirl89 (entri Jambori Nisa’) dgn blog UWAIS ni yer..🙂

  4. ct_nadiah said

    saya pun ada sekali wkt tu..hehehe…
    tahniah buat ustaz krn brjy mengendalikan ceramah yg begitu interesting nie…

    ini first time sy dngr ceramah ustaz…
    saya akan mengambil iktibar drpd ape yg ustaz sampaikan…
    ALwAyS sUcCeS…
    Assalamualaikum wbt…

  5. Tm kasih Ct_nadiah..🙂 sm2 mnfaatkn yer..

  6. Guest Who? said

    ceceh..nmpaknya, cramah yg dbri 2 bkesan.. tahniah2!

  7. Yer adik Elisa kitaaa.. tm kasih… doakan kejayaan bersama🙂

  8. Assalamu’alaikum

    Tahniah juga dari kami Nisa’ Pulau Pinang.
    Tanpa bantuan daripada ust, kami tidak mampu menjayakan jambori tersebut dengan baik.
    Terima kasih sekali lagi.

    Wassalam

  9. Salam bt Nisa’ Penang..

    Semoga ukhuwah yg terjalin antara NISA’ & UWAIS berpanjangan…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: