www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

HARI INTEGRITI & KUALITI DI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Posted by solhisharif on 19 December 2009

17 Disember 2009

Buat pertama kalinya UWAIS berdiri di hadapan sana..

Ceria sungguh kakitangan MINDEF...🙂

Bos urut anak buah... bayangkan.. huhu

Buat kali pertama saya melangkahkan kaki ke Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang berpengkalan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Sampai di pintu masuk MINDEF, saya dijemput oleh Ustaz Mahdy Fadhilat mengiringi saya memasuki bangunan tersebut.

Setelah diberikan pas masuk ‘VIP’, saya di bawa ke Auditorium MINDEF. Di sana sedang berlangsung Majlis Sambutan Hari Integiriti & Kualiti Peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia. Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – Menteri Pertahanan Malaysia. Saya pula dijemput ke sini untuk menyampaikan slot tentang ‘Pembudayaan Integriti & Budaya Kerja Kualiti’ di kalangan kakitangan MINDEF itu. Terima kasih yang tidak terhingga buat Y.Bhg. Ustaz Mahdi Al-Hilmy di atas jemputan ini.

Hancurkan persepsi itu..!!

Lebih 400 orang peserta memenuhi auditorium ini

Integriti dan Kualiti menjadi kata kunci saya hari itu. Pada saya, integriti boleh dibina dan diusahakan. Ianya mampu dilakukan oleh semua orang. Islam mempuyai cara dan pendekatan tertentu dalam membina dan mempertingkatkan integriti manusia. Cara yang telah dijalankan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. ternyata berjaya menghasilkan natijah yang baik lagi mengkagumkan. Integriti para sahabat baginda seperti Abu BAkar Al-Siddiq, ‘Umar bin Al-Khattab dan ‘Uthman bin Affan begitu agung dan cemerlang. Kualiti pula memang sudah tersedia ada dalam diri manusia. Kerana Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian (kualiti). Namun, sayangnya manusia yang sudah berkualiti ini tidak pula menyedari akan hakikat ini. Bayangkan apabila manusia yang berkualiti ini menjumpai cara hidup yang bermoral tinggi (integriti), sudah pasti akan menghasilkan natijah yang sungguh luar biasa!!

Sessi autograf bersama peserta..

Semoga semangat ukhuwah bersama MINDEF berpanjangan..

Justeru itu, tugas saya ialah untuk menyuburkan rasa keimanan di kalangan kakitangan MINDEF. Itulah yang pendekatan pertama yang dilakukan oleh Islam iaitu menanamkan keyakinan dan keimanan dalam diri setiap individu. Setiap muslim mesti beriman kepada enam rukun iman yang telah ditetapkan dengan betul dan sempurna. Keimanan yang benar dan tulen, terutama keimanan kepada Allah, kepada Malaikat dan Hari Akhirat akan mampu membentuk peribadi menjadi kuat. Kuat dalam mengerjakan suruhan Islam dan kuat memelihara diri dari apa yang dilarang olehnya. Iman dan yakin adalah perbuatan hati. Hati manusia sifatnya boleh, malah mudah berubah, maka oleh itu setiap muslim mestilah sentiasa menjaga hatinya agar tetap dalam iman dengan menunaikan segala tuntutan rukuan Islam serta ditambah dengan amalan-amalan sunat dan “zikrullah”.

Bersama Alumni Kursus Bina Insan MINDEF 2009 di Langkawi. Sebelah kanan sekali; Ustaz Mahdi Al-Hilmy (orang kuat yang menjayakan program ini)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: