www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

SCHOOL HOLIDAY WITH IMAN DI TAMAN DESA SENA

Posted by solhisharif on 23 November 2009

22 November 2009

Bergambar kenangan dengan jawatankuasa penganjur

Adik-adik peserta yang hadir ke program ini

Adik-adik lelaki yang hadir dari pelbagai sekolah

Setelah selesai merasmikan Majlis Ihtifal PASTI Ar-Rahmaniyah di Permatang Rawa, Bukit Mertajam SPU, saya bergerak ke Surau Taman Desa Sena, Tasek Gelugor untuk menyempurnakan hajat penduduk-penduduk di sana bagi menjayakan Program ‘School Holiday With Iman’ anjuran AJK Kawasan Rukun Tetangga, AJK Surau Al-A’laa dan AJK Lorong 9 Taman Desa Sena, Tasek Gelugor, SPU.

Kebetulan sahabat sepengajian saya dulu Ustaz Asril Hafiz turut menyewa di taman itu. Beliaulah yang menghubungkan saya dengan jawatankuasa program ini. Slot saya bermula jam 2.30 petang dengan kehadiran peserta lebih 150 orang bermula dari yang berumur 10 tahun sehinggalah 18 tahun. Turut hadir sama ibu-ibu dan ayah-ayah peserta. Program ini turut disiarkan dalam akhbar KOSMO bertarikh 25 November 2009. Saya muatkan linknyer. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm

"Sayang Ibu-Ayah... Sayang Islam..."

Dalam ceramah ini, Saya diminta untuk mengupas tentang topik ‘Sayang Ibu-Bapa… Sayang Islam…’

Slot kali ini agak mencabar juga kerana saya terpaksa mengawal mood audien yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan pelbagai peringkat umur. Saya cuba yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu supaya semua audien mendapat ‘rasanya’.

Sebelum slot bermula, seorang penduduk sempat berborak dengan saya dengan menyatakan bahawa perlu ditekankan juga aspek kehadiran penduduk ke surau. “…Kadang-kadang depa ni tak ambil kisah langsung tentang anak-anak, bila minta bagi kerjasama memang baik.. tapi sayangnya bila minta solat jemaah di surau nampak kurang pulak.. ” kata salah seorang penduduk.

Ada juga yang memaklumkan kepada saya pernah juga ada kes anak-anak muda dalam taman itu yang mula berjinak-jinak menghisap gam sehinggakan ibu-ayah tak ambil kisah langsung tentang ini. Mereka melihat aktiviti ini bakal memberi ancaman kepada anak-anak mereka yang lain dan perlu dibendung segera.

Ustaz Asril Hafiz (kanan) menyampaikan cenderahati..

LDK yang dijalankan oleh Fasilitator

Namun, berdasarkan pengamatan saya, sungguh hebat kerjasama yang dihulurkan sesama penduduk di sini. Bangga saya melihat anak-anak penduduk yang sebaya dengan saya turut membantu menjadi fasilitator yang ikhlas kerana Allah SWT. Sanggup tunggu dari awal program hingga habis semata-mata ingin melihat sesuatu perubahan yang baik berlaku dalam komuniti mereka.

Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana yang menjayakan program ini bermula dari awal pagi sehingga lewat petang. Syabas kepada sahabat saya Ustaz Zuzalee Ariffin yang mengendalikan slot sebelum saya. Terima kasih kepada abang Suhaime yang sempat memberi tips-tips supaya ceramah saya bertepatan dengan apa yang diperlukan oleh peserta. Terima kasih kepada Abang Pian yang menjaga sistem audio sepanjang slot saya. Sudah pasti tidak dilupakan kepada Ustaz Asril Hafiz kerana sudi menjemput saya.. Semoga kita beroleh kerahmatan-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: