www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KEM REMAJA PERLIS 2009

Posted by solhisharif on 22 November 2009

Ustaz Fakhrurrazi (bersongkok) menyampaikan hadiah tanda kenangan

20 – 21 November 2009

 

SENAMSENI... antara modul yang dijalankan

Berputarlah mengikut arah lawan jam..

Sewaktu dalam perjalanan ke Cameron Highlands, Pahang untuk menjayakan Kursus Bina Insan bersama kakitangan SUK Pulau Pinang, saya mendapat panggilan dari Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Malik bin Husin – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIP). Beliau memaklumkan kepada saya bahawa JAIP buat julung-julung kalinya akan mengadakan kem ini dan memohon saya bersama UWAIS Team menjayakannya.

Kem ini menggunakan peruntukan wang dari pihak JAKIM di bawah Bahagian Hadhari & Pembangunan Insan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIP)memegang amanah untuk melaksanakan program ini dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPN).

 
 

UWAIS Team... Thanks to all🙂 KHOIR!!

Bergambar dengan peserta lelaki

Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam dengan memilih Pendang Lake Resort, Pendang Kedah Darul Aman sebagai lokasi latihan. Seramai 80 orang peserta yang terdiri dari pelbagai sekolah di negeri Perlis yang semuanya pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 6 bawah.

 

Kem ini antara lain bertujuan untuk memantapkan aqidah & akhlak remaja selaras dengan tuntutan syara’, memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai remaja Islam, dan melahirkan remaja Islam yang berjiwa merdeka.

Antara sekolah yang terlibat ialah SM Agama Al-Islahiah, SMK Derma, SMK Raja Puan Muda Tuanku Fauziah, SMK Syed Hassan, SMK Syed Alwi, SMK Tengku Budriah, SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Abi, SMK Syed Sirajudin, SMK Sanglang, SMK Kuala Perlis, SMK Syed Saffi, SMK Putra, dan SMK Syed Ahmad.

Terima kasih kepada Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Malik bin Husin – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIP) di atas kesudian menjemput kami. Kepada Ustazah Kasumawati binti Kassim dan Ustaz Fakhrurrazi bin Md Mahdzir selaku Penyelaras Program dan seluruh barisan urusetia, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Mohon maaf zahir dan batin kalau ada ketidaksempurnaan sepanjang kami mengendalikan kem ini…🙂

Bersama barisan urusetia JAIP yang menjayakan kem ini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: