www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

BERSAMA BELIA NEGERI PERLIS

Posted by solhisharif on 19 November 2009

18 November 2009
 
Melalui sahabat saya Encik Yusman Yusuf, saya dijemput oleh Gerakan Belia 4B negeri Perlis untuk berkongsi dengan lebih 100 orang belia-belia negeri Perlis yang terdiri dari 16 hingga 20 tahun. Pada awalnya saya diberikan dua (2) slot. ‘SWOT Analysis’ dan ‘Kecerdasan Emosi’.
Namun, disebabkan saya baru sahaja pulang dari Tanah Tinggi Cameron Highlands (bersama-sama dengan kakitangan SUK Pulau Pinang), saya mohon kepada pihak penganjur untuk ubah slot saya kepada malam. Disebabkan waktu malam (masa singkat), jadi saya cuma boleh bawa satu (1) slot sahaja… Oklah tu… yang penting saya ada masa sikit untuk kumpul tenaga balik. Terima kasih kepada Puan Haslinda – Belia Perlis kerana sudi mengubah waktu slot saya.
Sebenarnya, para peserta sedang menjalani Program Jatidiri dan Kesukarelaan Nasional (PJKN) di Dusun Resort, Kuala Nerang Kedah Darul Aman. Lebih kurang seminggu juga mereka berkampung di sana. Saya pula diminta membawa tajuk ‘SWOT Analysis’, salah satu tajuk modul dalam PJKN ini. Misi saya adalah untuk membantu peserta mecari kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada pada peserta-peserta ini.
Dengan bantuan rakan-rakan yang lain, saya berusaha untuk menyampaikan tajuk ini walaupun dah lama saya tak menyampaikan ‘talk’ yang melibatkan teknikal ni. Supaya tidak membosankan, sesekali saya selitkan juga dengan kesedaran kecerdasan emosi dan spiritual.
AlhamdulilLah, kesempatan inilah saya gunakan untuk bersama-sama dengan remaja dan belia negeri Perlis yang dilihat sudah jauh dari kebenaran. Bahkan ada juga yang tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah satu kesalahan.. Semoga pertemuan yang singkat dan ringkas ini membawa kita kepada ukhuwah yang berpanjangan…

2 Responses to “BERSAMA BELIA NEGERI PERLIS”

  1. am said

    ASSALAMUALAIKUM ustaz, sya brsa sngguh brtuah krna mengikuti kem belia itu dn mmbwatkn hati sya ingn brubah ke jln allah,dn sya nk mmta ustaz tlng doakn sya spaya lulus dlm ujian spm pd thn dpan dn jg kuatkn smangt sya untk brubah, sya xkn lpa apa yg ustaz ajr kpd sya…

  2. Yer Am… Insya-Allah.. sama-sama kita doakan kejayaan dunia & akhirat🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: