www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KURSUS BINA INSAN PEJABAT SUK PULAU PINANG

Posted by solhisharif on 18 November 2009

Para peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan kerajaan di negeri Pulau Pinang

16 – 18 November 2009

Keceriaan yang terpapar di wajah peserta lelaki.. he.. he

Yer kak.. berbakat sungguh mengurut..🙂

Saya dijemput sekali lagi untuk kali yang kedua (sebelum ini di Hotel Aseania, Langkawi) oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK) untuk berkongsi pengalaman dengan 57 orang kakitangan jabatan kerajaan dari pelbagai jabatan di negeri Pulau Pinang. Dalam kursus yang berlangsung di Hotel De’ La Ferns, Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur ini, saya diamanahkan oleh pihak penganjur untuk mengendalikan slot ‘Anjung Nurani 1’ dan ‘Iktibar Kehidupan’.

Dalam slot Anjung Nurani 1, saya membawa pesera untuk melihat fungsi kejadian manusia yang diberikan sesuatu yang amat istimewa iaitu ‘HATI’. Dengan hati itulah Allah pernah bersumpah di dalam al-Quran (surah as-Syams) dan dengan hati itu jugalah Nabi SAW pernah bersabda baik buruk seseorang manusia itu tergantung padanya (dalam siri manusia itu terdapat seketul daging…).

Dalam slot Iktibar Kehidupan pula, saya membawa peserta untuk mencari seberapa banyak iktibar di sebalik peristiwa dan perilaku manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dengan alam, dan paling penting hubungan manusia dengan Tuhannya.

Tahniah kepada seluruh warga urusetia dari Pejabat SUK Pulau Pinang dan rakan-rakan fasilitator dari JAKIM yang membantu saya menjayakan kesemua slot itu. Semoga usaha kalian diberkati-Nya.. Amin.

2 Responses to “KURSUS BINA INSAN PEJABAT SUK PULAU PINANG”

  1. nw said

    salam…

    saya seorg peserta kursus nie… saya amat seronok mengikuti kursus ini… tahniah kepada ustaz solhi kerana telah berjaya memberi ceramah yang baik dah berkesan…

  2. Yer cik wati kiter..
    tima kasih… doakan la yer kejayaan kawan2 sumer.. biler MAINPP nk buat pgm cmnii.. ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: