www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KURSUS BINA TAQWA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERLIS 2009

Posted by solhisharif on 16 November 2009

Barisan Penceramah & Urusetia bergambar kenangan bersama Tetamu Kehormat

Tarikh: 13-15 November 2009

Tempat: NAZA Hotel, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Tanda Ingatan... Cenderahati dari Y.B. Tuan Haji Jafperi

Bergambar dengan otai-otai Bina Insan & Taqwa.. dari kiri; Ustaz Hasli (JAKIM), saya, Ustaz Imran (JAIPP), Ustaz Zaidan (JAKIM), dan Ustazah Mariah (JAKIM)

Segala puji selayaknya kepada Rabbul ‘Izzah yang telah menjadikan saya pilihan untuk hadir ke kursus ini. Saya dijemput oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIP) untuk menyampaikan beberapa pengisian iaitu Qiyamullail, Tazkirah Subuh (Potensi Manusia), dan slot Azam Janji. Seramai 50 orang peserta telah hadir ke kursus ini yang mewakili pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir 2 (dua) orang kakitangan dari Jabatan Kerajaan Persekutuan.

Majlis ini ditutup dengan rasminya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Jafperi bin Othman – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis. Tahniah kepada semua warga urusetia JAIP yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan kursus ini. Semoga lahirlah kakitangan Jabatan Kerajaan yang sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: