www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KELAHIRAN DU’AT SAUDARA BARU (MUALLAF) DI ZON UTARA MALAYSIA

Posted by solhisharif on 27 October 2009

23 Oktober 2009 (Jumaat)

Picture9

Kursus ini cuba melahirkan Saudara Baru yang mampu menjadi Da'ie (pendakwah) kepada rakan-rakan lain di luar sana.

Picture7

Sesi menguji kemahiran 'Readiness' - Satu kemahiran yang wajib ada pada seorang Da'ie

Picture5

'Focus' - kemahiran ini juga perlu dikuasai oleh seorang Da'ie yang hebat

Al-hamdulilLah yang menentukan segala perancangan hambanya..

Minggu lepas, setelah selesai slot bersama siswa-siswi di UUM, Sintok Kedah Darul Aman, saya bergerak pula ke negeri Perak Darul Redzuan untuk memenuhi jemputan oleh Unit Ukhuwah, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Walaupun badan sudah terasa keletihan, namun saya semacam tidak boleh menolak kalau ada pengisian yang melibatkan Saudara Baru. Terasa tanggungjawab yang amat besar sangat kalau saya tinggalkan. Saya selalu katakan, Saudara Baru ini tidak sama seperti orang Islam yang lain. Kebanyakan orang Islam hidup sebagai muslim kerana Islamnya diwarisi turun-temurun daripada keluarganya. Kalau ditanya tentang apa itu Islam, belum tentu mereka mampu memberi jawapan yang tepat.

 

Berbeza pula ceritanya dengan Saudara Baru. Mereka mencari kebenaran dan perlu membuat pilihan untuk meninggalkan agama lama mereka. Bersedia untuk dibuang keluarga, dimaki-hamun rakan-rakan, dan dipandang serong masyarakat. Mungkin inilah sebabnya saya mesti bertemu dengan mereka. Mereka dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya.

Picture6

Ustaz Abdul Malek (berdiri) telah berjaya menarik ramai umat manusia untuk kembali bersama Islam.

Picture10

'Empathy' - Juga satu lagi kemahiran yang wajar ada pada Da'ie Muslim

Maka atas dasar itu, bertempat di Taiping Golf Resort, Perak Darul Redzuan, Kursus Dakwah & Kepimpinan Saudara Baru (Muallaf) 2009, saya berusaha untuk mengendalikan slot ceramah bertajuk ‘Motivasi Hidup Sebagai Da’ie’. Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam melibatkan hampir 35 orang muallaf di negeri Pulau Pinang dan Perak.

Kursus ini dirangka untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mendalami ilmu Islam sebaiknya. Kemudian setelah itu, ilmu tersebut hendaklah pula disebarkan manfaatnya kepada orang lain di sekeliling mereka. Setelah para peserta berbengkel selama 2 hari dalam kursus ini, pada hari ke-3 mereka akan bergerak ke kawasan-kawasan pedalaman di sekitar negeri Perak khususnya ke perkampungan orang asli untuk dipraktikkan teknik-teknik dakwah yang dipelajari. Sesungguhnya, dakwah yang dilakukan oleh golongan saudara baru (muallaf) ini dilihat lebih berkesan kerana mereka amat faham dan jelas tentang penghayatan agama (selain Islam) sebelum memeluk agama Islam.

Terima kasih kepada sahabat saya al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Abdul Malik Bin Abdullah; Pegawai Mubaligh JAIPP, kerana tak pernah jemu menjemput kami untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan saudara baru. Beliau juga salah seorang Saudara Baru yang telah berjaya hidup sebagai seorang muslim yang begitu sempurna.

Picture8

'Kasih & Sayang' - Nilai inilah yang menjadi asas kejayaan Da'ie yang pernah di ajar oleh Nabi SAW dulu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: