www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

REKREASI SPIRITUAL DENGAN SISWA-SISWI UUM

Posted by solhisharif on 25 October 2009

23 Oktober 2009

UUM

Antara peserta yang hadir dalam program ini

UWAIS buat kali ke-2 dijemput sekali lagi ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah Darul Aman untuk menyampaikan santapan minda kepada mahasiswa-mahasiswi di sana. Untuk kali ini, UWAIS diberikan tanggungjawab untuk membawa dua (2) slot kepada 122 orang peserta yang terdiri dari pelbagai kursus.

UUM

Sharing... peserta diberi ruang untuk berkongsi pengalaman masing-masing

UUM

Ceria sungguh siswa UUM nii.. Bayangkan beginilah wajah mereka sehinggalah program selesai..ūüôā

Pada slot pertama, para peserta dibawa untuk melihat dimensi ‘persepsi diri’ yang selalu membawa ke arah keburukan. Peserta juga dijelaskan tentang kehebatan manusia yang diberikan pelbagai potensi diri. Namun, masih ramai manusia membiarkan potensi itu terbenam di dalam diri masing-masing tanpa sebarang usaha untuk menonjolkannya. Peserta juga turut diingatkan bahawa sesungguhnya manusia itu diberikan ilham oleh Tuhan untuk memilih ke mana arah tujuan hidupnya. Sama ada ke jalan keburukan atau jalan kebaikan. Terpulang kepada manusia itu untuk memilihnya. Namun, beruntung kepada manusia yang memilih jalan kebaikan dan rugilah yang memilih jalan keburukan.

Pada slot kedua pula, peserta didedahkan dengan kesalahan manusia menetapkan tujuan hidup. Manusia seringkali menginginkan kesenangan hidup di dunia. Namun, tidak ramai pula yang memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat. Sedangkan itulah kehidupan yang kekal abadi. Begitulah dunia sebagai seorang penuntut ilmu, belajar semata-mata kerana inginkan CGPA yang tinggi. Dengan harapan, mampu mendapat kerja yang besar, membeli kereta yang mahal, memiliki rumah yang besar. Sebeanrnya, matlamat seperti itu tidak salah.¬†Malah ia amat digalakkan. Namun, jangan jadikan matlamat seperti itu sebagai ‘matlamat sebenar’ dalam hidup kita. Kerana ramai yang terlupa sebenarnya semua itu akan lenyap sekelip mata jika tiada pertalian dengan Tuhan.

UUM

Kehadiran Dato' Abu Seman @ Pak Abu (kanan) cukup bermakna buat kami semua..

UUM

Siapa Menang Siapa Kalah.. antara aktiviti yang melibatkan peserta

Turut hadir dalam program ini ialah Dato’ Abu Seman Awang; Pensyarah Kanan CAS UUM¬†atau lebih selesa dengan panggilan (Pak Abu), Encik Abdul Rashid; Pensyarah CAS UUM¬†dan Cik Syarifah Rohaniah; Pensyarah UUM¬†yang sudi bersama-sama kami sehingga program selesai. Peserta pula kebanyakannya dari Kursus Sains Kaunseling, Kaunseling Pendidikan, Komunikasi, Ekonomi, Pengurusan Teknologi, Pengurusan Awam, Pengurusan Pembangunan & Perhubungan Antarabangsa.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penuntut-penuntut subjek Kaedah Penyelidikan Sains Sosial di bawah penyeliaan Encik Abdul Rashid; pensyarah subjek ini yang sudi menjemput UWAIS. Kami mohon maaf  zahir dan batin kalau ada sebarang kekurangan sepanjang kami mengendalikan program ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: