www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

GOLF: YANG TERSURAT & TERSIRAT I

Posted by solhisharif on 14 October 2009

Sesekali kena turun green juga untuk tee-off. Barulah tak tumpul tips yang diajar

Sesekali kena turun green juga untuk tee-off. Barulah tak tumpul tips yang diajar

Mungkin ada yang tertanya, macamana la pula saya boleh berminat dengan sukan golf ni? Kalau ditanya kepada orang lain, selalu jawapan yang diberikan seperti ini :-

1) Kawan-kawan perkenalkan.

2) Bina rangkaian perniagaan – sebab dekat padang golf boleh jumpa ramai rakan-rakan business.

3) Keluarga main – jadi sebagai anak-anak ni kena force main juga.

4) Ada gak yang jawab camni – boleh buat duit lebih. 1 lubang Rm100. 18 lubang dah berapa dah? modal RM150 jer.. astaghfirulLah al-‘azim..

Tapi saya lain sikit.. Segalanya bermula apabila saya membuat sedikit research tentang golf untuk dimuatkan dalam training saya. Orang selalu kata, golf adalah sukan untuk orang malas. Sehingga diertikan G-O-L-F sebagai (G)olongan (O)rang (L)embab (F)ikiran.. wah hebat sungguh ‘PERSEPSI’ awal mereka sehingga ke situ sampainya.

Saya pun terfikir, kalaulah benar sukan golf untuk orang yang ‘lembab fikiran’, kenapa ramai pula ahli perniagaan, pensyarah, doktor perubatan, dan ahli korporat amat meminati sukan ini? Sudah pasti mereka ini tidak boleh di golongkan dalam kelompok orang yang ‘lembab fikiran’. Tambah memelikkan lagi, orang yang betul-betul lembab fikiran tak pula kelihatan bermain golf… he, he. Maka, saya pun bertekad untuk cuba menyelongkar rahsia yang ada di sebalik golf.

Untuk melunaskan niat itu, saya melangkah pergi ke Driving Range (tempat golfer berlatih membetulkan hayunan dan jarak) untuk bertemu dengan seorang Pro (golfer yang telah diiktiraf untuk bermain dengan ‘zero’ handicap dan layak untuk memberi tunjuk ajar kepada beginner golfer). Saya diperkenalkan dengan Pro Johari. Tujuan saya pergi bertemu dengan Pro Johari (atau lebih mesra dengan panggilan abg. Joe) untuk mendapat sedikit gambaran tentang sukan golf di samping untuk menyewa sebatang kayu golf untuk digunakan dalam training saya. Abg. Joe memang hebat. Tidak kedekut ilmu seperti sesetengah golfer yang saya kenal. Segala-galanya diceritakan kepada saya. Paling menarik, abg. Joe berkemahiran menghayunkan kayu golf either righthanded or lefthanded. Satu kelebihan yang ada pada dia yang jarang ada pada Pro lain. Ditambah pula dengan kefasihannya bercakap bahasa cina dan india.

Lepas dah selesai kongsi-kongsi ilmu tu, saya pun maklumkanlah niat saya nak sewa sebatang kayu golf abg. Joe. Tiba-tiba begini pula kata abg. Joe, “takpelah Ei (panggilan abg. Joe kepada saya), amik jer mana-mana kayu abg. Joe yang ader kat dalam beg tu. Dah selesai training nanti baru pulangkan… Sebelum balik, try la swing dulu abg. Joe nak tengok…” Saya pun apa lagi.. orang dah mengantuk disorong pula bantal, rugila kalau tak tido senyenyaknya..🙂

Dengan pengalaman yang ‘zero’ tentang dunia golf ni, saya pun terus menghayun kayu golf 7-iron itu menggunakan tangan kanan saya. Apa jadi pada bola golf tu… he, he.. meleret ler x sampai 3 kaki. Kemudian, Abg. Joe minta saya hayun guna tangan kiri pula (sebab dia ada kelebihan bermain kedua-dua tangan). Tiba-tiba bola golf melambung tinggi dan pergi agak jauh gak aa.. Satu kepuasan yang amat sukar untuk dijelaskan kepada saya yang tak pernah bermain golf langsung sebelum ini. Abg. Joe pun terus berkata kepada saya, “Solhi, you kena main on your left.. you’re lefthanded golfer!..”  Terkejut saya. Sebenarnya, memang saya ni lefthanded. Banyak aktiviti yang berat saya gunakan tangan dan kaki kiri (pegang pisau, garpu, raket ping-pong, raket badminton, bola sepak). Cuma menulis dan menyuap makanan jer guna tangan kanan. Sepanjang perbincangan, saya x cakap langsung kat abg. Joe. Alih-alih dia tahu. Memang Pro betul la.. Dan bermula saat itu, secara rasminya Pro Johari menjadi sifu saya dalam sukan golf ni. AlhamdulilLah, banyak tips yang saya pelajari darinya.

Ada satu perkara lagi yang ingin saya kongsikan bersama. Dan perkara inilah yang membuatkan saya lebih berminat untuk bermain golf. Berdasarkan pengamatan saya hasil pembacaan dan perbincangan dengan Pro, sukan golf ini sedikit sebanyak boleh membantu kita berlatih untuk khusyu’ dalam menunaikan solat walaupun ramai yang tidak menyedarinya. Dengan kata lain, golf ada kaitan dengan solat!! Insya-Allah, saya akan cuba kongsikan dalam penulisan saya akan datang…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: