www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

HUMMER… MESIN PERKASA CIPTAAN MANUSIA

Posted by solhisharif on 12 October 2009

 

Hummer H2.. hebat sungguh mesin ciptaan manusia ini.. Maknanya, yang cipta manusia mesti lagi hebat kan.. :)

Hummer H2.. hebat sungguh mesin ciptaan manusia ini.. Yang cipta manusia mesti lagi hebat kan..🙂

Terkesima saya melihat Horatio, salah satu watak dalam filem bersiri CSI Miami memandu Hummer. Dikatakan orang awam pertama memilikinya ialah pelakon lagak lasak Arnold Schwarzenegger. Kemudian, diikuti dengan beberapa selebriti lain seperti David Beckham dan Wayne Rooney yang memiliki beberapa versi Hummer.

Saya berusaha mencarinya untuk melihat dengan lebih dekat kenapa Hummer ini menjadi tarikan kepada mereka semua. Terutamanya lelaki.

Hummer di peringkat awalnya dibuat hanya untuk keperluan tentera Amerika yang dipelopori oleh AM General Corporation. Namun, setelah mereka melihat ada permintaan dari orang awam, maka mereka memperkenalkan Hummer dalam versi High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle atau singkatannya (HMMWV) tapi sering diucapkan sebagai Humvee.

Sewaktu Hummer menjalani prose’s R&D sebelum dijual kepada umum, syarikat pengeluar Hummer sengaja membawa Hummer melalui jalan yang jauh lagi sukar bermula dari London ke Beijing. Laluannya teramatlah sukar kerana perlu melalui jalur berat di ‘wilayah tengah’ bekas Negara Uni Soviet. Namun, dengan kekuatan 3.7L, 4 valve, Hummer mampu mengeluarkan 242 hp @ 5600 rpm dan masalah itu bukanlah satu masalah buat Hummer.

Versi pertama dikenali dengan H1 (1992). Kendaraan ini dibuat berdasarkan versi ketenteraan ‘Humvee M998’. Hummer generasi pertama ini masuk dalam kategori off-road raksasa yang terkenal dengan ketahanan dari segala-galanya di segala tempat. Ia juga dilengkapi dengan anti-peluru jika bertujuan untuk ketenteraan. Cuma H1 disesuaikan untuk keselesaan orang awam yang dilengkapi set kerusi yang empuk, penyaman udara, radio.

Hummer mengorak langkah dengan memperkenalkan model baru dikenali H2 (2003) seperti yang bersama-sama dengan saya dalam gambar. Secara visual, model H2 terlihat lebih ramping, lebih panjang, lebih tinggi, dan lebih ringan daripada pendahulunya H1. Model H2 sendiri masuk dalam kategori sport utility vehicle atau SUV namun ada pula H2 versi Sport Utility Truck atau SUT dimana H2 dimodifikasi dengan memakaikan model truk pada tubuhnya. H2 sendiri sebenarnya adalah sebuah kombinasi cerdas dari berbagai truk yang ada di Amerika seperti GM GMT820, Chevrolet Tahoe dan GMC Yukon. Bahagian depan H2 merupakan modifikasi frame dari GM 2500 dan GM 1500 pada bahagian belakang. Pada hemat saya, H2 antara model Hummer yang paling menarik untuk dilihat dan dibawa.

Hummer memperkenalkan modelnya lagi dikenali H3 (2006). Generasi ketiga ini mempunyai revolusi yang sudah jauh dari H1 dan H2. Kesannya, sambutan kepada model ini ternyata sangatlah positif. Terbukti walaupun generasi ini memiliki kesamaan platform dengan GMT345, GMT355, Chevrolet Colorado dan GMC Canyo, H3 masih mampu mengungguli 74% dari penjualan semua model Hummer yang pernah ada.

Yang terkini, Hummer melahirkan generasi baru dikenali HX (2008). Model ini telah hilang sama sekali cirri-ciri yang ada pada H1. HX bahkan memiliki tubuh yang lebih kecil dari H3 yang sudah ‘kecil’. Dengan berbagai bahagian tubuh yang boleh diceraikan seperti pintu, atap, bonet depan, dsb. Dengan kelebihan itu, HX menjadi sangat ringan ketika diajak off-road hingga dengan mudah melewati kubangan lumpur.

Tidak hairanlah kenapa lelaki menjadi terkesima bila melihat Hummer di jalanan. Kerana Hummer ibarat lelaki sejati yang penuh kemachoan!! Wah…

8 Responses to “HUMMER… MESIN PERKASA CIPTAAN MANUSIA”

  1. fiza said

    Wow! Syabas kpd anda yg bisa memiliki Hummer. Saya belm pernah melihat Hummer di Jalanraya di Malaya ni. Hanya semasa tinggal di Virginia 2 tahun lepas, kami pernah berura-ura utk membawa pulang Hummer tapi memandangkan pada Sizenya yg “intimidating to other road users”, tak jadi lah pulak. Saja nak tanya En. solhi your experience driving a hummer on Malaysian roads…tentu semua kenderaan terkesima sama….Its a reflection of masculinity.

  2. zafedz said

    Rase macam kat langkawi kan??The only one hummer installed with twin roof rack thule I ever saw last 3 weeks..

  3. Saudari Fiza, kerana harganya yang melampau-lampau, sehingga ke saat ini belum ada Hummer yang pernah menjadi milik sy lg…🙂 Ketidakmampuan itu makin bertambah apabila melihat kepada roadtax, insuran, consumption petrol, & kos penyelenggaraannya!!🙂 So, the problem is not the size. But the price… he, he.. hajat utk memiliki Hummer tu memang ada.. Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih nanti.. (Hummer kat atas tu sy ‘trjumpa’ sewaktu handle training. Thanks to the real owner!!)

  4. Yup, betul tu zafedz. Waktu tu sy bru habis handle training dengan kakitangan SUK Penang. X pasti pula sy Hummer ni satu-satunya Hummer kat Langkawi yang SUV edition ni.. Rasanya cam ader lg.. Apapun, tahniah kpd yang mampu memilikinya..🙂

  5. Emi said

    tuan hummer ni mmg kaya,baru nmpak ada kete porsche baru2 ni,2 bijik slepas cooper dia,bnyk koleksi keta abg Masri ni,

  6. Tula.. kn blajar kat dia cmner nk jadi kaya nii.. hahaha

  7. abuuwais said

    Salam
    Bagus jd kaya nie but jgn dapat kayap dah la.:P
    Lagi kaya lagi lambat masuk syurga,betoi ka bro???

  8. betui2.. nak kena buka byak buku akaun.. halal haram ditimbang seadilnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: