www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

WACANA ILMU BERSAMA JUNIOR KAUNSELOR UUM

Posted by solhisharif on 8 October 2009

Barisan AJK Penganjur Program Bersama Konsultan & Wacana Ilmu 2009

Barisan AJK Penganjur Program Bersama Konsultan & Wacana Ilmu 2009

7 Ciri Perunding Motivasi Unggul

Sedikit pengalaman dikongsi bersama-sama peserta

6 Oktober 2009 bersamaan 17 Syawal 1430H kami dijemput oleh Mahasiswa/i Pendidikan Bimbingan & Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjayakan ‘Program Bersama Konsultan & Wacana Ilmu’ bertempat di DKG 5/2 yang dihadiri lebih 100 orang peserta. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menjadi perunding latihan yang unggul.

Peserta dari Program Edu Kaunseling (bakal guru)

Control ur smile ok.. only 2" is accepted..🙂

Untuk itu, pada slot yang pertama, kami telah menyusun beberapa input untuk dikongsi bersama dengan menjadikan pengalaman UWAIS Training & Consultancy mengendalikan kursus-kursus latihan selama ini sebagai asas perbincangan. Pada slot yang kedua pula, semua peserta dibawa merasai sendiri pengalaman berada dalam short course yang dikendalikan sendiri oleh UWAIS. Apa yang dikongsi dalam slot pertama yang berbentuk teori, diterjemahkan pula dalam slot kedua dalam bentuk pelaksanaan. AlhamdulilLah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan..

Hadir sama pensyarah-pensyarah UUM En. Abdul Rashid (bersongkok), En. Syukri (berbaju batik), dan En. Hasmunizam (berblazer hitam)

Hadir sama pensyarah-pensyarah UUM En. Abdul Rashid (bersongkok), En. Syukri (berbaju batik hijau), dan En. Hanizam (berblazer hitam)

Program ini bertambah serinya dengan kehadiran pensyarah-pensyarah UUM yang sudi menunggu sehingga selesai kesemua slot. Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Abdul Rashid, Encik Syukri, dan Encik Hanizam. Kalian adalah orang-orang yang amat kami banggakan. Semoga ukhuwah kita berpanjangan hendaknya.. :)2″

Antara peserta non-muslim yang turut hadir dengan penuh toleransi

Antara peserta non-muslim yang turut hadir dengan penuh toleransi

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam yang sudi bertoleransi untuk sama-sama hadir mengikuti program ini. Especially for Miss Ivy Ting. Thanks for your fantastic sharing... :)2″ Mohon maaf yang lain tak sempat saya ingat namanya. Namun, wajah anda tetap berada dalam hati kami. Toleransi anda membuktikan anda adalah pejuang kebenaran.

Control senyum erk.. only 2" accepted.. :)

Antara peserta dari Program Edu Kaunseling (bakal guru)

Tidak lupa kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada mahasiswa/i Sains Kaunseling (walaupun sibuk dengan jamuan raya namun tetap hadir juga dengan baju raya masing-masing). Terima kasih juga kepada penuntut dari College of Arts & Sciences (CAS), College of Business (COB) dan College of Law, Government & International Studies (COLGIS) yang turut serta untuk sama-sama berkongsi pengalaman.

Antara peserta dari Program Sains Kaunseling yang hadir

Antara peserta dari Program Sains Kaunseling (bakal kaunselor)

Tahniah diucapkan kepada semua AJK penganjur program. Anda telah menganjurkan program yang cukup sempurna biarpun baru di semester 3. Kalian semua memang KHOIR…!!! :)2″

4 Responses to “WACANA ILMU BERSAMA JUNIOR KAUNSELOR UUM”

  1. Cikgu Sue said

    Salam Ustaz Solhi,
    Tahniah, dah berjaya sampai UUM yer..🙂
    sy slalu follow talk dari UWAIS ni.. mmg best.. penceramah mmg happening & versatile..
    We got fun and learn something in the same time..
    Semoga akan lahir lagi lebih ramai perunding motivasi cam Ustaz Solhi.. KHOIR!!

  2. tm kasih cikgu.. Insya-Allah sama-sama kita doakan.. sy perhatikan mereka semua (peserta) ada bakat dan potensi tu…

  3. Kak N said

    Assalamualaikum en. Solhi

    Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada en. solhi dan lia kerana sudi hadir utk program yang kami (pelajar edu kaunseling sem 03) anjurkan.

    Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sungguh luar biasa, lebih dr apa yg kami jangkakan mengenai program tersebut. Tahniah!!!! En. Solhi berjaya menyuntik semangat kami semua untuk menjadi bakal pendidik/kaunselor yang mempunyai spiritual yang mantap di dalam mengharungi dunia yang mencabar ini. Tahniah sekali lagi. Semoga UWAIS Training & Consultancy menjadi lebih unggul dan merentasi seluruh dunia…Amin.

  4. Kak N, terima kasih atas jemputan… Kami berbesar hati atas sokongan yang diberikan… Manfaatkan sebaik mungkin!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: