www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KEM JOM SOLAT DI SMK JERAI, BALING KEDAH

Posted by solhisharif on 4 October 2009

1-3 Oktober 2009

SMK Jerai lakar sejarah

SMK Jerai melakar sejarah kali pertama modul ini digunakan

Buat julung-julung kalinya, modul ‘Kem Jom Solat’ yang disusun oleh UWAIS digunakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang Baling Kedah. AlhamdulilLah, seramai 100 orang peserta yang terdiri dari tingkatan 1 dan 2 telah menghadirkan diri ke kem ini. Program anjuran Unit Kaunseling SMK Jerai dengan kerjasama Pusat Urus Zakat Pulau Pinang ini berjalan selama 3 hari 2 malam.

DSC00444

'Comando Prayer'.. antara modul dalam Kem Jom Solat

Betapa bertuahnya kami kerana inilah kali pertama modul ini diaplikasikan kepada pelajar-pelajar luar bandar. Maklumlah, pelajar luar bandar (kampung) amat kurang sekali pendedahan kepada program-program yang seperti ini. Sebelum ini, modul Kem Jom Solat ini digunakan kepada pelajar-pelajar pinggir bandar dan tengah bandar. Respon yang diberikan amat-amat menggalakkan.

DSC01666

waris turut hadir memberi sokongan sewaktu majlis penyerahan peserta

Waris peserta turut digalakkan datang pada slot-slot terpilih supaya kesinambungannya boleh di bawa pulang bersama-sama dengan anak-anak. Ada juga teman-teman saya (En. Yusman dan rakan-rakannya) yang sudi datang dari Pulau Pinang semata-mata hendak merasai sendiri pengalaman dalam slot ‘Bicara Hati’. Terima kasih juga kepada Cikgu Zulkifli di atas jemputan dan kepercayaan terhadap kami. Terima kasih di atas sokongan anda.

DSC00452

Semangat betul adik-adik dari SMK Jerai nii..

Pihak sekolah juga sedang merancang untuk menjemput kami semula namun kali ini program difokuskan kepada pelajar-pelajar yang lebih ‘senior’ antara tingkatan 4 hingga 5.

3 Responses to “KEM JOM SOLAT DI SMK JERAI, BALING KEDAH”

  1. yusman said

    salam ust. solhi…
    terima kasih kerana menjemput sy hadir pada malam tersebut…walaupun jauh tetapi utk mencari ilmu tetap sy sampai…untuk slot “Bicara Hati” sy ucapkan tahniah yang mana telah memberi kesan kepada saya serta rakan2 sekelian…insyallah kalau berkesempatan dilain waktu sy akan mengajak rakan2 sy yang lain pula untuk mendengarnya…….semoga bejaya….

  2. W’salam syeikh Yusman.. ya, sama-sama kita doakan kesejahteraan semuanya. Kejayaan slot tu pun dengan bantuan rakan-rakan yang lain. Credit & Bravo to Mr. Hafizi, Mr. Syukri, Mr. Faisal, Us. Fawwaz, Mr. Fahmie, Cik Hasyida, Cik Ani, K. Yus.. and of coz x dilupakan Dr. Azman.. thank u so much for ur co-operation..

  3. akbar jahaya said

    sek. men. keb. jerai akan lbh maju….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: