www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

AL-FATIHAH BUAT ADIK SAYA: SYAFIQ SHARIF

Posted by solhisharif on 27 July 2009

syafiq corporate

Syafiq Dalam Kenangan

BismilLahir Rahmanir Rahim..

Tanggal 24 Julai 2009 bersamaan 02 Sya’aban 1430H setelah solat Jumaat, saya telah kehilangan seorang adik yang dikasihi mengadap Tuhan yang Maha Esa..

27 Jun 2009 – Sebulan sebelum Syafiq meninggalkan kami; Jam 10.00 mlm – Saya balik ke kampung untuk ziarah mak abah. Kebetulan Syafiq bercuti dan ada di kampung juga. Saya ambil masa ini untuk bertanya tentang pelajaran dan aktivitinya. Syafiq maklum kepada saya apabila buka semester baru nanti perlu sewa rumah di luar. Dan perlu motosikal untuk ulang-alik ke kelas. Syafiq dah survey harga motor di beberapa kedai. Saya tahu Syafiq amat memerlukan motor untuk kemudahannya belajar, tapi entah tidak tahu kenapa hati saya amat berat sekali untuk mengiyakan kehendaknya kali ini. Jadi saya bagi cadangan kepada Syafiq, “buat masa ni tumpang dulu motor kawan sementara abg uda nak bincang dengan abg ngah kalau-kalau dia boleh bg pinjam motor dia.. Tak payah beli lain lah..” Syafiq setuju.. dan saya sempat bagi kata-kata semangat untuk Syafiq. Antaranya saya mengatakan kepada Syafiq, “…buatlah sesuatu yang boleh banggakan keluarga.. Abg uda nak tengok lepas ni..” Syafiq hanya membisu…

04 Julai 2009 – 3 minggu sebelum Syafiq meninggalkan kami; Jam 9.00 pg – Saya bertolak ke rumah sewa Syafiq di Changkat Sodang bersama mak abah untuk menghantar barang-barangnya. Syafiq balik awal lagi ke rumah sewanya dengan bas. Selalunya, tugas menghantar dan mengambil Syafiq ini dilakukan oleh abang saya yang ke-2 dan ke-3 (Abg Ngah & Abg Cik). Saya tak pernah berkesempatan untuk berbuat demikian kerana sibuk menguruskan tanggungjawab yang lain. Entah kenapa hari itu, saya sendiri yang beriya-iya ingin menghantarnya. Saya sempat melihat rumahnya, berkenalan dengan kawan-kawan serumahnya, keluar ke bandar membeli barang-barang keperluan Syafiq dan sempat masuk ke dalam kampus UiTM Seri Iskandar melihat tempat belajarnya. Itulah kali terakhir saya bersama-sama dengan Syafiq. Dan itulah kali terkahir saya dapat menghantar Syafiq ke kampusnya…

07 Julai 2009 – Syafiq telefon saya maklumkan dia dah tak perlu motor lagi. Sebab ada kawan yang boleh tumpangkan dia. Terasa amat bersyukur sekali apabila Syafiq cakap macam itu.

18 Julai 2009 – Seminggu sebelum Syafiq meninggalkan kami. Ibu saya telefon dari kampung maklumkan Abg Ngah setuju untuk berikan motornya kepada Syafiq. Dan mohon pendapat saya. Sekali lagi, hati saya amat berat untuk mengatakan boleh. Tapi saya tidak ada sebarang alasan untuk menyokongnya. Waktu itu, saya ada program training di Genting Highland bersama Pegawai Kementerian Luar Negeri Malaysia. Habis slot saya berkaitan dengan kematian, setelah audien keluar dari dewan, kepala saya terasa amat sakit sekali. Kesakitan itu terasa betul-betul di tengah ubun-ubun saya dan tak pernah rasa sebegini sepanjang saya membawa slot ini. Mungkin inilah petanda dari Allah yang bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang, WalLahu A’lam.

22 Julai 2009 – Abg Ngah menguruskan motor untuk diposkan kepada Syafiq di Seri Iskandar. Walaupun berat, namun saya tetap membenarkan juga demi kemudahan Syafiq.

syafiq & mak

Syafiq & Bonda sewaktu hari raya 2008.. Siapa pun tidak menyangka Syafiq dah x dapat beraya bersama-sama tahun ini..

24 Julai 2009 / 02 Sya’aban 1430H (Jumaat) – Bermula sebuah tragedi

Jam 2.00 ptg – Selesai solat jumaat, saya bergerak pulang ke pejabat di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Sampai di pejabat, saya terima panggilan daripada kawan Syafiq (kalau tak salah saya namanya Ady) memaklumkan Syafiq terlibat dengan kemalangan. Saya bertanya kepada Ady, “teruk tak?” Ady menjawab, “Buat masa ni tak boleh nak cakap apa-apa lagi bang..” Saya tanya Ady lagi, “Syafiq eksiden dengan apa..?” Ady jawab, “Dengan motor Syafiq yang baru sampai kelmarin dari Penang..” Saya bertanya lagi, “macamana boleh jadi ni?” Ady pun menceritakan yang Syafiq baru keluar dari masjid berdepan dengan kampus UiTM Seri Iskandar baru selesai menunaikan solat Jumaat. Syafiq dalam perjalanan balik ke rumah sewanya di Changkat Sodang. Sampai di satu simpang, tiba-tiba ada sebuah kereta melanggarnya. Mendengar cerita itu, saya terus meminta Ady berikan telefon bimbitnya itu kepada adik saya. Saya nak bercakap sendiri dengannya. “Bagi handset tu kat Syafiq, Abg nak cakap dengan Syafiq…” Namun kali ini Ady menjawab dalam nada yang serba salah, “Dia tak boleh cakap buat masa ni bang..” Saya tidak berpuashati dengan jawapan itu. Kerana dalam benak saya, adik saya itu hanya cedera ringan dan sedang duduk di tepi jalan sambil menunggu bantuan. Saya bertanya lagi, “Kenapa tak bawa Syafiq pergi hospital dulu? Sapa dah ada kat situ?” Ady jawab, “sekarang ni ambulan dan kereta polis dah sampai.” Saya tersentak! pada kebiasaanya, kalau kemalangan melibatkan cedera ringan, sudah pasti orang ramai akan bawa adik saya terlebih dahulu ke hospital berdekatan. Namun, kenapa perlu ada ambulan dan kereta polis? adik saya tidak boleh bercakap.. tapi masih ada di tempat kejadian.. kenapa tak ada sapa2 yang nak tolongnya? Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena.. Saya maklumkan kepada Ady, saya akan bertolak segera ke Seri Iskandar, Perak. Saya sempat juga menelefon ibu dan abang-abang memaklumkan kejadian ini dalam keadaan kami semua tidak tahu yang sebenarnya Syafiq sudah tidak ada lagi…

Jam 2.30 ptg – Saya sampai di tol Juru. Saya terima panggilan dari HEP UiTM Seri Iskandar mengesahkan kemalangan tersebut. Saya dimaklumkan yang Syafiq cedera parah sangat-sangat dan meminta kami sekeluarga bersedia atas sebarang kemungkinan. Saya juga dimaklumkan Syafiq di bawa ke Hospital Changkat Melintang, Bota.  Di benak saya hanya bermain perkataan Syafiq mungkin akan dimasukkan ke ICU dan mungkin Syafiq mengalami kecacatan serius. Langsung tidak terlintas Syafiq sudah bertemu Ilahi.. Sesekali terfikir juga saya, kalau benar cederanya parah, kenapa tidak di bawa ke Hospital Ipoh. Kenapa perlu di bawa ke hospital desa sahaja? Namun, saya melepaskan sahaja kerana tidak mahu kosentrasi pemanduan saya terganggu.

Jam 3.00 ptg – Saya sampai di tol Taiping untuk susur keluar ke rumah bapa saudara saya (Pakchaq). Pakchaq seorang anggota polis dan saya merasakan amat perlu membawanya untuk memudahkan urusan kemalangan ini (atas nasihat abg.Ngah juga). Kebetulan pula Pakchaq bercuti. Sempat juga zaujah menghubungi sorang kawan yang kebetulan tinggal berdekatan dengan Hospital Changkat Melintang untuk pergi membantu adik saya di hospital sementara saya sampai (namun sebenarnya adik saya sudah tidak ada pada waktu ini)…

Jam 4.00 ptg – Saya sampai di tol Jelapang untuk susur keluar ke Seri Iskandar. Kawan kami (Imah & Munira) yang sudah sampai di hospital menghubungi kami. Memaklumkan berita yang memilukan itu. “Sebenarnya Syafiq dah xder di tempat kejadian lagi…” Saya sudah tidak mampu membawa kenderaan. badan terasa amat lemah tidak bermaya. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Amat terkilan sekali kerana tidak sempat bercakap dengannya buat kali terkahir… Patutlah Syafiq tak boleh bercakap.. patutlah mereka hantar Syafiq ke hospital desa sahaja… Sebab dia dah xder.  Tidak perlu bawa sampai ke Hospital Ipoh.

Jam 4.10 ptg – Pakchaq membawa kereta saya. Saya hanya menangis sambil memujuk hati untuk menerima hakikat adik saya yang bongsu dah kembali ke Rahmat Allah. Inilah kali pertama saya menerima kehilangan anggota keluarga kami enam beradik. Mulut saya tidak berhenti-henti membaca surah al-Fatihah kepada Syafiq.SYAFIQ dlm kenangan Begitulah realiti alam dunia ini. Kelahiran dan kematian bersilih ganti.

Jam 5.00 ptg – Saya sampai di Hospital Changkat Melintang. Saya dimaklumkan Syafiq sedang dibuat post-mortem. Kawan-kawan Syafiq dengan dua orang  pegawai UiTM En. Lehan dan En. Raja Ibrahim sedang menanti kedatangan kami. Setelah dibincangkan, saya bersetuju (setelah menghubungi Pakteh & Ayah Mie di kampung) Syafiq dimandikan dan dikafankan di hospital dan di bawa pulang ke kampung petang itu juga.

Jam 6.00 ptg – Saya masuk ke dalam bilik mayat untuk mandikan Syafiq. Saya lihat kecederaan yang paling ketara adalah di bahagian kepala dan tangan kanannya. Kematian Syafiq disahkan pada pukul 2.00 ptg akibat ‘Basal Skull Fracture’ (keretakan di bahagian tengkorak) oleh Dr. Mohd Iskandar bin Mohd Ghazalli.

Jam 7.00 mlm – Kami menunaikan solat jenazah untuk Syafiq. Zaujah dari tadi menghubungi rakan-rakan Syafiq memaklumkan berita sedih ini. Sementara menunggu waktu maghrib, Kami pergi sekejap ke rumah sewa Syafiq di Changkat Sodang untuk mengambil barang-barangnya.

Jam 8.00 mlm – Kami mula bergerak meninggalkan hospital. Sebuah van jenazah, sebuah van UiTM, dan 4 buah kereta berkonvoi menghala ke Baling, Kedah.

Jam 1.30 pg – Kami selamat sampai di Kg.Iboi, Kupang Baling Kedah. Syafiq disambut dengan ahli keluarga, sanak-saudara, penduduk-penduduk kampung dan kawan-kawan rapatnya. Syafiq di bawa masuk ke dalam rumah untuk mak dan abah lihat buat kali terakhir. Mak dan abah amat tenang menerima semua ini. Setelah Syafiq disolatkan, Syafiq di bawa ke tanah perkuburan Kg. Bukit Iboi. Dulu, saya dan Syafiq bersama keluarga selalu datang ke sini untuk menziarah kubur sanak-saudara sewaktu hari raya. Namun, pada malam itu, saya seakan-akan tidak percaya kunjungan kami ke sini adalah untuk menghantar Syafiq buat selama-lamanya.

Jam-2.00 pg – Setelah dibacakan talqin, Allahyarham Syafiq telah siap disemadikan. Semoga adik kekal bahagia di sana…

p/s:- Pada malam (sebulan sebelum tragedi) saya cakap dengan Syafiq dan minta dia buat sesuatu yang boleh membanggakan keluarga sebulan sebelum tragedi ini berlaku, Syafiq hanya membisu dan mendiamkan diri.. patutlah dia membisu.. rupa-rupanya inilah KEBANGGAAN yang ingin adik saya berikan kepada kita semua. KEBANGGAAN HUSNUL KHATIMAH. Yang mana kebanggaan ini belum tentu kita yang masih hidup ini mampu lakukan…

1) Adik saya meninggal pada petang hari Jumaat (Hari mulia penghulu segala hari)

2) Terlepas dari fitnah kubur kerana meninggal pada hari Jumaat seperti sabda Nabi SAW – mafhum hadith

3) Meninggal pada bulan Sya’aban (Bulan Mulia sehingga Nabi SAW mengiktiraf bulan ini adalah bulannya – mafhum hadith)

4) dan tugasnya sebelum dia meninggal ialah MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT. (Lihatlah kehidupan seseorang itu pada pengakhiran hidupnya.. bukan pada permulaan atau sepanjang hidupnya)

Saya muatkan juga link ke blog kawan rapat Syafiq iaitu Fikri (Ayie) yang menceritakan saat-saat dia melihat sendiri tragedi yang berlaku. http://mohdfikrisaim.blogspot.com/2009/07/tragedy.html Syafiq ada juga sebut nama Ayie antara kawan rapatnya dan dia akan tumpang motor Ayie utk ke kelas sementara menunggu motor sampai. Terima kasih Ayie, Ady dan kawan2 serumah Syafiq atas pertolongan menguruskan Allahyarham sewaktu kejadian..)

AL-FATIHAH buat adik saya Allahyarham Mohammad Syafiq bin Mohd Sharif. Semoga rohnya ditempatkan bersma orang-orang beriman. AMIN.

19 Responses to “AL-FATIHAH BUAT ADIK SAYA: SYAFIQ SHARIF”

  1. habib said

    takziah bro…alfatihah untuk arwah syafiq.semoga Allah limpahkan rahmat ke atas roh beliau.

  2. Amin.. Tm kasih habib..

  3. Khairul said

    salam solhi, wan khairul ni.. dulu s/u anta di kusza.. salam takziah dari ana.. duk menaip nama anta di google.. tp ini yg ana jumpa.. salam ukhuwwah solhi, lama x bjumpa.. add ana di facebook > khairul wan muhammad.. salam takziah sekali lagi..

  4. W’salam wrt. wbt.
    SubhanalLah, jumpa kita dlm internet yer..🙂 ingat lagi enta kat ana.. tm kasih.
    Dh smpai masa adik ana nak pegi dlu.. kita xder kuasa mghalangnya..
    Insya-Allah.. kita terus communicate k..🙂

  5. Bangah said

    Bangah rasa sebak bila baca entry tu. Jangan buang column ni…:-[

  6. akimsensei said

    salam abg solhi. takziah atas pemergian adik.

  7. Hakim,
    Terima kasih atas ingatan.. Ingat dah lupa abg2 kat Al-Mashoor dlu..🙂

  8. Yer Abg.Ngah,
    semoga apa yg berlaku menjadi iktibar kita sekeluarga.. amin

  9. muslihah said

    tabahnya sekeluarga hadapi ujian ini…moga allh mencucuri rahmat kepada arwah..

  10. akimsensei said

    abg solhi, ada gambar time kefona kat blog. roger n salam.

  11. abang(zakwan) said

    Al-fatihah..
    kita sekeluarga memang rasa kehilangan syafiq…abg bila igt syafiq sedih mengalir air mata..yela syafiq antara sepupu yang dekat umurnya dgn abang..semoga Allah cucurkan rahmat ke atas adik syafiq..aminn

  12. khalifah yg tk sempurna said

    sedih….membacanya…..semoga rohnya bersemadi dengan tenang…..

  13. azzuin said

    takziah wat ustaz…hrp ustaz reda ke ats pmergiaan adk ustaz..
    1 lg sy nk btrima ksih kt ustaz krana dgn crmah ustz kt pendang lake resort sy dh kmbli ke pngkal jln…

  14. terima kasih Azzuin… Sama2 kita beramal yer..🙂

  15. sofia_sofieya said

    saya nak ucapkan takziah buat ustaz sekeluarga..
    semoga ALLAH mncucuri rhmat ke ats ALLAHYARHAM..
    alfatihah….

    saya sma gk mcm azzuin,
    saya dh mula berfikir tntang kekuasaan tuhan dn mulai insaf,slps dgr ceramah ustaz kat PLK tempoh hari..

  16. ct_nadiah said

    saya ingin mengucapkan takziah buat ustaz skeluarga..
    semoga ALLAHYARHAM ditempatkan brsm dngn orang2 yg beriman..AMIN…

    saya pernah mengikuti ceramah ustaz semasa d jambori NISA’2009…

  17. Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.

    Syafiq teman serumah sewa “Darul Islah Wat Ta’lim” sewaktu arwah berada d maahad addinie dan maahad mahmud.

    saya merupakan salah seorang daripada 4 orang Syafiq waktu tu.
    -Syafiq Abu Bakar
    -Syafiq Md Nor
    -Syafiq Sharif
    -Syafiq Sharif

  18. anjallai said

    hai bro….im anjallai here…..i feel really sad for ur bro…saya harap adik bro nie akan ditempatkan bersama orang2 yang beriman….i duno y when i read ur story feel like wanna cry…its really hard to accept when the one we love is no more with us….may god bless Syafiq always…tc bro….

  19. fizul said

    sebelum arwah pergi… semasa diserang wabak h1N1.. UiTM memberi cuti satu minggu. arwah menghantar saya dan azuan ke station bas gopeng… saya pon tanya tak nak kew shafik… jawapan arwah dia xbalik dah kowt.. selepas 2 n 3 hari… saya mendapat panggilan dari kakak arwah… syafiq telah pergi ke rahmatullah. dalam keadaan yang sangat terkejut… kali akhir saya melihat muka arwah apabila arwah sampai dirumah… sedih sangat megenangkan peristiwa ney… sebelum arwah pergi kami berhasrat untuk sama2 graduate… tapi arwah pergi dulu… semoga arwah ditempat dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: