www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KHEMAH IBADAH KHAS UNTUK SAUDARA KITA

Posted by solhisharif on 27 April 2009

24 – 26 April 2009

Peserta memberi fokus sepanjang sesi berlangsung

Peserta memberi fokus sepanjang sesi berlangsung

Bertempat di Merdeka Beach Resort, kami dijemput buat kali kedua oleh Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) untuk membantu menjayakan ‘Khemah Ibadah Saudara Kita 2009’. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam ini memuatkan pelbagai pengisian melibatkan rohani dan jasmani kepada 60 orang peserta yang rata-rata umurnya bermula dari 10 tahun sehingga 60 tahun.

Modul 360.. solat-solat-solat!

Modul 360.. solat-solat-solat!

Alhamdulillah, dengan komitmen yang baik dari peserta, kesemua modul dapat dijalankan dengan sempurna. Kami dengan sedaya mungkin cuba untuk mendedahkan peserta dengan kepentingan menjaga ‘IMAN’ dengan sebaik mungkin kerana dunia ini penuh dengan rintangan dan cabaran. Apatah lagi kita yang baru mendapat HIDAYAH kemudian menterjemahkannya dengan memeluk agama Islam. Tarikan untuk kembali kepada agama lama dan melakukan dosa terlalu kuat. Maka tidak ada cara lain melainkan menguatkan hubungan dengan Allah SWT kerana hanya Allah SWT sebaik-baik Penolong.

Julangkan IMEJmu setinggi BENDERAmu..

Julangkan IMEJmu setinggi BENDERAmu..

Bukanlah program anjuran UWAIS namanya kalau peserta hanya duduk terperap dalam dewan mendengar lecture sahaja. Sempat juga kami membawa peserta merehatkan minda di luar dewan sambil modul diterapkan secara tersembunyi. Peserta menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Merdeka sambil bermain beberapa permainan. Bukan sekadar main tu, ada hikmah yang ada disebaliknya..

'Meter Kebaikan' (tali yang diikat di atas dahi)... salah satu modul yang perlu peserta manfaatkan

'Meter Kebaikan'... tali yang diikat di dahi hendaklah dimanfaatkan peserta..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan JAIPP yang bertungkus-lumus menjayakan program ini terutamanya Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Saad – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang sudi hadir menutup majlis ini dengan rasminya.

 Link Rujukan: http://jaipp.penang.gov.my/khemahibadat24-26409.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: