www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KISAH SUAMI-ISTERI & IBU-AYAH YANG ‘LUAR BIASA’ SABAR

Posted by solhisharif on 27 September 2008

Di rumah Pn. Rafeah Ahmad

Lagi tiga (3) hari umat Islam akan menyambut hari lebaran. Maka banyaklah persiapan yang perlu dibuat untuk meraikannya. Saya pula dengan rakan-rakan yang lain diminta untuk launch Kembara Asnaf 2. Untuk menceriakan lagi suasana, kali ini saya buat joint venture pula dengan SEGi Training Centre. Atas cadangan rakan-rakan, dapatlah kita mencari beberapa buah keluarga yang miskin lagi fakir di kawasan Seberang Perai Utara.

Kami memulakan kunjungan ke rumah Puan Rafeah Ahmad di Tanah Liat, Bukit Mertajam. Seorang ibu yang ‘amat luar biasa’ semangatnya! Sudahlah ditinggalkan suami tanpa lafaz cerai yang sah, nafkah untuk keluarga langsung tidak pernah dikirimkan, ibu muda ini pula terpaksa mengharung kehidupan bersendirian menjaga seorang anak lelaki berumur 21 tahun yang cacat anggota tubuh badan pula. Sewaktu saya tiba di rumahnya, jelas kelihatan sifat sabar seorang ibu yang cukup tabah dan ikhlas menguruskan rumahtangga. Kepada suami-suami, Allah SWT itu sifatnya adil! Sekuat dan sebijak mana pun kamu, kamu tetap tidak boleh lari dari masalah. Kerana masalahnya adalah kamu!

Buah tangan untuk keluarga En. Hahmat Syairil sempena menyambut Eid Mubarak

Saya sempat berkunjung sekejap ke rumah Encik Hahmat Syairil Rasip. Beliau berasal dari Sabah dan sekarang menyewa di Kubang Ulu, Bukit Mertajam. Yang membuat kami tergerak untuk ke rumahnya ini sebab teringatkan beliau pernah mengayuh basikal tuanya lebih 15 kilometer dari rumahnya di Kubang Ulu, Bukit Mertajam ke Dewan Milenium, Kepala Batas semata-mata untuk mengambil cek bantuan zakat bernilai RM100! Bila difikirkan kembali, sedih pun ada lucu pun ada. Namun beginilah hakikat kehidupan, apabila kesempitan hidup bertandang, segala yang susah menjadi senang. Segala yang mustahil boleh dilakukan. Kita pula, sudah ada motosikal, mampu pula berkereta sendiri masih merungut tidak cukup itu dan ini..

Semoga kehadiran kami menceriakan lagi kehidupan keluarga En. Hadi Adnan

Selanjutnya, saya juga sempat singgah sekejap ke rumah En. Hadi Adnan yang menetap di Kuala Mengkuang. Kita pernah tukar semua bumbung rumahnya sebelum ini. En. Hadi pernah tidur bersama isteri dalam keadaan bumbung rumah yang bocor di sana sini sewaktu hujan. Anaknya ramai, semua sudah berkeluarga tetapi hanya sekali sekala pulang. Kepada anak-anak yang sudah berumahtangga, selalu kita menyaksikan, kepulangan anak ke rumah bertemu ibu dan ayah bukannya membawa kebahagiaan, sebaliknya membawa masalah masing-masing untuk dilonggokkan di depan ibu dan ayah. Jangan begitu, mereka sudah lama memikirkan masalah anda sebagai anak-anaknya. Sebaliknya, pulanglah untuk mencari masalah mereka, keluarkan masalah mereka dari rumah itu untuk difikirkan dan diselesaikan oleh anda sebagai anak-anaknya.

Doa kami kepada mereka, semoga Allah SWT menghimpunkan kalian bersama-sama orang yang sabar.. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: