www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

UWAIS ANJUR ‘MYC III’ DIDIK HATI BELIA ISLAM

Posted by solhisharif on 23 September 2008

AlhamdulilLah.. segala puji bagi Allah yang tidak putus-putus memberi nikmat kepada kita. Dua hari yang lepas, pihak UWAIS dijemput untuk mengendalikan satu program bersempena dengan bulan Ramadhan dikenali Muslim Youth Camp (MYC) siri ketiga in-house SEGi Training Centre.

Hampir 18 jam program MYC III ini dilangsungkan bermula dari jam 2 petang hingga 8 pagi keesokan harinya. Seramai 139 orang peserta yang terdiri dari penuntut SEGi Training Centre telah menghadirkan diri ke Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk mengikuti program ini.

MYC III adalah pakej lengkap ‘Ihya Ramadhan’ bermula dengan slot ‘Kenali Diri Anda’ iaitu suatu proses yang membolehkan para peserta berinteraksi dengan ilham yang datang dari hati manusia. Selama ini manusia amat kerap menggunakan aktiviti otak untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan tanpa mengambil hirau apa yang diilhamkan ‘suara hati’. Selain itu, para peserta juga dipecahkan ‘persepsinya’ yang selama ini membelenggu hati dan disebabkan itulah manusia tidak dapat melihat jalan kebenaran.

Selanjutnya, setelah solat asar berjemaah, peserta dibangunkan karakternya melalui pelaksanaan solat melalui slot ‘Smart Solat: Tiada Alasan Lagi’. Peserta didedahkan dengan rahsia di sebalik solat, kewajipannya adalah suatu hikmah, dan seterusnya semua peserta melakukan praktikal solat mengikut sifat solat Nabi SAW yang amat mudah sehingakan tiada lagi alasan untuk tidak mau menunaikan solat.

Selepas itu, peserta bersama-sama ‘iftor jama’ie’ (berbuka puasa beramai-ramai) dan menunaikan solat maghrib dan isya’ dengan anak-anak qaryah masjid. Peserta juga turut dapat menunaikan solat tarawikh secara berjemaah. Di sinilah peluang kepada mereka yang mungkin tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid untuk ‘merapatkan’ diri dengan masjid sehingga menjadi rutin harian.

Setelah menunaikan solat tarawikh, peserta meneruskan lagi slot yang dikenali ‘Bicara Hati’. Dalam slot ini, peserta diminta menggunakan seoptimum mungkin ilham bersumberkan dari hati (suara hati)  yang suci lagi murni dalam mentafsir, memahami, dan mentadabbur ayat-ayat al-quran yang ditunjukkan. Peserta dapat merasakan diri mereka amat rapat dengan Allah SWT yang menciptakan kita dan seterusnya meninggalkan kesan kepada hati yang selama ini dibiarkan.. Seterusnya pada jam 4.30 pagi, peserta bangun untuk ‘qiyam Ramadhan’ (mendirikan solat-solat sunat malam) sebelum menikmati sahur bersama-sama.

MYC III berakhir pada jam 8.00 pagi dengan sesi bersalam-salaman, memberi dan menerima kemaafan sesama peserta. Pihak UWAIS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan SEGi Training Centre, AJK Masjid Seberang Jaya, dan semua yang terliat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kem ini. Semoga Allah SWT menilai penat-lelah kalian.

Nantikan kemunculan MYC IV..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: