www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

BOS.. JANGANLAH PENTING DIRI SENDIRI

Posted by solhisharif on 16 September 2008

Mari sama-sama kita mengambil iktibar dalam true story ini…

TRAGEDI KAPAL SELAM NUKLEAR KURSK K-141

Kursk K-141 sebuah kapal selam nuklear kapal selam paling moden milik Rusia dari Kelas Oscar II. Kursk atau namanya di dalam Rusia Атомная подводная лодка “Курск” [АПЛ “Курск”] dilancarkan pada tahun 1995 menjadi kebanggaan tentera Rusia dan kerap dijuluki the quietest submarine. Kapal selam sepanjang 154 meter itu (44 meter lebih panjang dari sebuah padang bola sepak – 110 meter) dibina dengan nickel dan chrome berkualiti tinggi, dengan besi setebal 8.5 mm yang mempunyai ciri resistance to corrosion selain tidak dapat dikesan oleh musuh melalui sistem Magnetic Anomaly Detection (MAD).

KUASA ALLAH SWT MENANDINGI SEGALANYA

Namun, tanggal 12 Ogos 2000 (sabtu) jam 11.28 pagi waktu tempatan (3.28 petang waktu Malaysia), Allah SWT membuktikan kekuasaan-Nya membuatkan kapal selam yang canggih itu terdampar di Laut Barents pada kedalaman 119 meter. Segalanya bermula sejurus selepas beberapa dummy torpedoes dilepaskan dari K-141 sewaktu sesi latihan mengakibatkan dua ledakan berlaku dan menghasilkan letupan. Nyawa 118 anak kapal terletak pada kaptennya, Gennady Lyachin yang berumur 45 tahun.

Tragedi yang menimpa Kursk K-141, selain tragedi kemanusiaan yang diderita oleh awaknya, sebenarnya juga mempunyai implikasi serius dalam hubungan antarabangsa. Kapal selam Kursk K-141 selain digerakkan oleh reaktor nuklear juga membawa persenjataan nuklear di dalamnya. Setitik radiasi yang bocor dari Kursk K-141 dan bercampur dengan air Laut Barents yang kuat arusnya itu boleh menyebabkan kanser kepada seluruh penduduk di persisiran pantainya!

KAPTEN LYACHIN MEMBUAT PILIHAN

Demi kehidupan sejagat, Lyachin selaku kapten yang bertanggungjawab sejak awal lagi mematikan reaktor nuklear yang menggerakkan kapal selam ini supaya tidak berlaku kebocoran. Biarpun dia tahu akibatnya kepada anak-anak kapal. Sebaik sahaja rektor dimatikan, Kursk K-141 tidak dapat mengoperasikan peralatan purifikasi udara (electrolyser) yang menghasilkan oksigen dan menghilangkan karbon dioksida. Udara di dalam Kursk K-141 akan dipenuhi dengan karbon dioksida dan oksigen mulai berkurang. Bersamaan dengan meningkatnya karbon monoksida dan karbon dioksida, anak kapal K-141 akan mengalami sakit kepala yang sangat berat. Pada kondisi ini, menyalakan sebatang mancis api pun sudah tidak mungkin! Jauh di sudut hati Lyachin, pasti bantuan akan sampai ke sini secepat mungkin..

PRESIDEN RUSIA MENOLAK BANTUAN LUAR

 “…—…” Sementara di pejabat Angkatan Laut Rusia, bunyi isyarat SOS, pendek 3x, panjang 3x, pendek 3x seperti itu, masih jelas kedengaran tanpa henti. Ketika ini, begitu banyak pihak-pihak antarabangsa bersedia menghulurkan bantuan. Tawaran ini terus disampaikan kepada Presiden Rusia – Vladimir Putin yang sedang bercuti rehat di Laut Hitam ketika anak kapal K-141 sedang bertarung dengan maut. Dengan mudah Putin menolak sebarang bantuan antarabangsa dari mana-mana pihak dengan alasan “kerahsiaan strategik”.

Sehinggalah empat (4) hari setelah kejadian itu berlaku, Putin membenarkan angkatan Laut Inggeris dan Norwegia untuk menghantar bantuan penyelamat. Perjalanan mengambil masa 1-2 hari dan setibanya di tempat kejadian, kesemua anak kapal tidak dapat diselamatkan lagi!

PRINSIP KETENTERAAN VS POLITIK

Demikianlah prinsip dua (2) orang ketua atau bos yang melahirkan kepentingan, dan kepentingan menentukan prioriti tindakan. Lyachin berpinsipkan ketenteraan. Demi menjaga kedamaian dan keselamatan dunia, dia sanggup menjadikan nyawa 118 anak kapalnya terancam. Inilah yang diajar kepada semua tentera Rusia iaitu mengutamakan arahan ketua dari pandangan sendiri. Akibatnya, 118 anak kapal gagal diselamatkan termasuklah Lyachin sendiri. Hal ini amat sejajar dengan prinsip “Befehl ist Befehl” bermaksud “perintah adalah perintah” yang selalu dikumandangkan Jeneral Besar Nazi – Hitler. Semua tentera Nazi Jerman mengamalkan prinsip ini pada Perang Dunia II. Namun, sejarah mencatatkan kehidupan Hitler diakhiri dengan bunuh diri.

Manakala Putin pula amat menjaga kepentingan politik negaranya (kerahsiaan strategik) berbanding nyawa 118 anak kapal K-141. Namun dia terlupa, jika selama ini Rusia selalu berhasil menutup-nutup senjata penggetarnya (detterence weapon), dengan sendirinya pada tahun 2000 ‘senjatanya’ itu telah menjadi tontonan umum seluruh dunia.

Inilah hakikat yang Lyachin dan Putin harus akui akibat dari tidak mengambil keputusan dengan menimbang semua aspek, atau lebih tepat lagi memilih untuk berprinsip kepada keesaan dan ketuhanan. Bukan berprinsip kepada ketenteraan dan politik semata-mata.

Jadi kepada BOS, jangan berprinsipkan selain dari ‘Rabbi’. Kerana dikhuatiri akan menjadi manusia yang suka mementingkan diri sendiri. Kesannya, juga boleh memakan diri sendiri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: