www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

3 LANGKAH DEKATI REMAJA

Posted by solhisharif on 31 August 2008

31 Ogos 2008, ketika semua masyarakat Malaysia sedang merayakan Hari Kemerdekaan ke-51, saya pula sedang sibuk menyusun bahan motivasi bagi menjayakan projek besar kerajaan negeri Pulau Pinang khusus untuk remaja. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dalam usaha memperkenalkan tiga langkah mendekati para remaja melalui Kempen ‘Belia Anti Jenayah’ yang diadakan di ruang legar Summit, Bukit Mertajam.

Sekadar maklumat yang dimaklumkan kepada saya, Kempen ini terbahagi kepada dua fasa. Pertamanya pembentukan Jawatankuasa Khas Belia Anti Jenayah yang dipengerusikan oleh Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti manakala fasa kedua pula tertumpu kepada latihan serta bimbingan yang diberikan kepada kumpulan belia tertentu untuk dilantik sebagai duta kecil kepada rakan-rakan lain atau masyarakat setempat. Langkah ketiga pula, kerajaan negeri akan merangka program perkhemahan, kepimpinan, paintball, street dance dan kejohanan bola sepak yang akan dianjurkan pada bulan Oktober, November dan Disember depan.

Sebagai pembka tirai kempen, saya dijemput untuk menyampaikan ceramah ‘Motivasi Minda’ di ruang legar pasaraya tersebut yang amat terkenal sebagai pusat ‘lepak’ remaja dan belia pelbagai kaum. Terima kasih kepada Saudara Tarmizi selaku Pengerusi Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang di atas jemputan ini.

Program setengah hari itu turut dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Berapit – Ong Kok Fooi, Ahli Parlimen Bukit Mertajam – Choong Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Lalang, Michael Tan, Pegawai Hal Ehwal Awam, dan Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Cif Inspektor Chong Kean Heng.

clik  link untuk siaran akhbar: http://paspenang.blogspot.com/2008/08/pulau-pinang-perkenal-tiga-langkah.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: