www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

KURSUS BINA INSAN KEPADA WARGA MOF

Posted by solhisharif on 27 January 2008

24-26 Januari 2008
Sedang menyampaikan ceramah

Sedang menyampaikan ceramah

Saya dijemput oleh JAKIM untuk mengendalikan Kursus Bina Insan kepada 30 orang kakitangan sokongan Kementerian Kewangan Malaysia bertempat di Institut Latihan Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor. Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu dianjurkan oleh Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan JAKIM.Seramai 10 orang fasilitator telah mengendalikan kursus tersebut. Pasukan fasilitator JAKIM telah diketuai oleh Ustaz Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali, Pengarah Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) manakala barisan fasilitator pula terdiri daripada beberapa pegawai dan kakitangan sokongan dari Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan JAKIM, Jabatan Agama Islam Johor, dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Tajuk ceramah; 'Menegnal Kelebihan Manusia'

Tajuk ceramah; 'Mengenal Kelebihan Manusia'

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Solat Berjemaah, Qiyamullail, Bacaan Yassin dan Tahlil, Slot Bimbingan Dalam Kumpulan (BDK), Slot Anjung Nurani, Slot Riadah Islami, Slot Wasiat Iman dan Slot Iktibar Kehidupan serta dua Slot Ceramah yang bertajuk Mengenal Kelebihan Manusia dan Peribadi Unggul Minda Ulul Albab. Pengisian program adalah merangkumi aspek fizikal, mental dan spiritual. Kursus ini juga amat bermakna kerana ia turut dihadiri oleh seorang peserta non-muslim iaitu En. Hadlin a/k Sanyap dari Perbendaharaan Malaysia Sarawak. Beliau telah mengikuti hampir keseluruhan aktiviti yang terdapat dalam kursus ini dengan jayanya.

Para peserta kursus telah memberi respon yang positif terhadap keseluruhan aktiviti yang dijalankan di dalam kursus tersebut. Berdasarkan kepada penilaian dan pemerhatian yang dibuat, peserta telah menyatakan slot-slot yang terdapat di dalam kursus tersebut amat meninggalkan kesan mendalam dalam diri mereka sejurus dapat meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini sejurus dapat menyampaikan mesej bahawa ‘Islam’ adalah amat relevan dan begitu berkesan dalam membentuk peribadi insan yang mulia tidak kira apapun agamanya.

"Inilah barisan kita... yang ikhlas berjuang.."

Ingatlah Allah... nescaya hati akan menjadi tenang

Sesi pembentangan kumpulan - 'Cantiknya Buruk!'

ORANG KUAT... Dari kanan; Haji Radzi (ILDAS), Ustaz Chatazman (JAIJ), saya ler tu.., En. Hadlin (peserta non-muslim), dan Ustaz Zamri (JAKIM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: