UWAIS MENDAPAT PERHATIAN DI MAJALAH AL-ISLAM KELUARAN APRIL 2010
Posted by solhisharif on 22 March 2010
Alhamdulillah, atas ketetapan Zat Yang Menentukan Segala-galanya, UWAIS Training & Consultancy telah mendapat liputan eksklusif oleh sebuah majalah Islam kontemporari di tanah air kita Malaysia dan juga turut mempunyai pembaca di negara Singapura iaitu ‘Majalah Al-Islam’. Terima kasih kepada wartawan Saudara Mahathir Yahaya kerana sudi memilih UWAIS Training & Consultancy untuk berkongsi pengalaman berkaitan penerapan konsep latihan Kecerdasan Emosi & Spiritual atau lebih terkenal dengan akronim (ESQ) dalam siri-siri latihan pembangunan manusia. Terima kasih juga kepada pihak JAKIM yang telah memandu saya untuk mengendalikan latihan seperti ini.
Mungkin perlu juga saya jelaskan, UWAIS Training & Consultancy bukan sahaja memiliki modul yang melibatkan latihan ESQ semata-mata. Namun, ke semua ‘equilibrium thinking’ (PQ-IQ-EQ-SQ) digabung-jalinkan tanpa tersasar dari fundamental Al-Quran & As-Sunnah yang Agung. Maka sebab itulah, sistem latihan UWAIS mestilah berkesinambungan bermula dari dalam dewan (indoor) hinggalah ke luar dewan (outdoor). Dan hendaklah aktiviti ini melibatkan alam (air-tanah-angin-api) secara langsung dan realiti. Supaya manusia merasakan bukan mereka sahaja yang hidup di atas muka bumi ini. Tidaklah peserta hanya terperuk di dalam dewan sahaja siang dan malam. Apa yang lebih diberi keutamaan, setelah peserta menjalani sesi latihan, peserta akan dipandu apakah tindakan yang perlu dilakukan seterusnya setelah pulang dari latihan nanti. ’Action’ hendaklah hadir sekali setelah tercetus rasa ‘Tahu & Mahu’ dalam latihan…
Sebenarnya, konsep latihan ini sudah lama digunakan. Bahkan sudah lama diperkenalkan 1400 tahun yang lalu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW manusia nombor 1 paling berpengaruh mengikut kajian Michael H. Hart di dalam bukunya; The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Cuma bentuk dan cara penyampaiannya disesuaikan dengan keadaan manusia dan tuntutan zaman yang serba moden ini. Maka perkongsian ini telah dimuatkan dalam Majalah Al-Islam keluaran April 2010 mukasurat 52-54.
Kalau boleh saya nasihatkan, sebelum saudara-saudari membuat apa-apa kesimpulan awal terhadap ‘tajuk’nya itu.. adalah lebih baik jika diperhalusi dahulu butiran isi-isinya.. (kerana saya sendiri pun ‘terkejut’ membaca tajuknya sebelum membaca isinya…) semoga ada manfaat yang tersirat dari yang tersurat. Don’t let your stiff perception cage your mind.. (jangan biarkan persepsi jumud menyangkari minda anda…
Selamat membaca!

abuuwais said
Salam
Tahniah di atas kejayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada UWAIS.But jgn lupa antara tuntutan Fardhu Kifayah dan Fardhu Ainnya sudah la,moga2 setiap usaha yg dijalankan akan medapat Redho Allah SWT.Matlamat kita sama cuma cara kita berbeza itu jer sebenarnya.
asril said
Tahniah.
Ini adalah salah satu kesinambungan dakwah yang mesti diteruskan. Kekadang manusia selalu memberi komentar tanpa melihat kesan yang cukup mendalam daripada satu tindakan yang dilakukan. Tapi itulah yang baik apabila muhasabah menjadi amalan kita. Cuma perlu ingat apapun aktiviti mestilah berperinsipkan Al-Quran dan as-sunnah. Jangan melebihi akal daripada syara’.kalau dikutkan akan memang semua yang rasa baik pada akal kita,kita akan lakukan.InsyaAllah selagi mana kita berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah usaha dakwah kita akan diberkati Allah. Teruskan usaha murni ini Allahuakbar!
s3mb@lut said
salam..
tahniah…
bersyukur kpd ALLAH kerana dpt mengenali saudara…semoga usaha saudara diberkati dan dirahmati ALLAH SWT