www.solhisharif.com

Redha-Mu Kemuncak Impianku…

FORUM PERDANA ‘ERTI PENGORBANAN’ PUSPEN KARANGAN

Posted by solhisharif on 30 November 2009

30 November 2009 (Isnin)

Pembuka bicara... dari kiri; Ustaz Roslan Che Ros, saya, dan Ustaz Irwan Aswandy Asahaari

Antara promosi yang dilakukan oleh pihak penganjur..

Segala puji bagi Allah yang telah menetapkan saya untuk hadir ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kedah Darul Aman bagi menjayakan Forum Perdana PUSPEN Karangan. Dahulunya, PUSPEN karangan ini dikenali dengan Pusat Serenti Karangan. Untuk kali ini, saya diminta untuk mempengerusikan forum yang dihadiri lebih 200 orang ahli keluarga PUSPEN termasuk kakitangan dan penduduk di sekitarnya. Dua (2) orang ahli panel telah dijemput iaitu sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Irwan Aswandy bin Asahaari; Ketua Cawangan Agama di Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan seorang lagi juga sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Roslan bin Che Ros; Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Tajuk yang diberikan kepada kami ialah ‘Erti Pengorbanan’ dan cabaran kepada saya ialah untuk menyediakan soalan kepada ahli-ahli panel supaya tajuk itu relevan dengan kondisi penonton sebagai ‘ahli keluarga’ PUSPEN yang pernah terlibat dengan najis dadah.

Ahli Keluarga PUSPEN sedang menyampaikan nasyid

Acara bermula tepat jam 2.30 petang yang dimulai dengan persembahan nasyid dari ahli keluarga PUSPEN diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Puan Siti Rohani binti Ahmad; Komandan PUSPEN Karangan. Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa antara objektif program seperti ini dilangsungkan ialah untuk meningkatkan kefahaman penghuni dan kakitangan PUSPEN Karangan dalam memahami hakikat sebenar pengorbanan di samping meningkatkan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat sekitar dalam Program Rawatan dan Pemulihan selain mengukuhkan silaturrahim antara penghuni, kakitangan, jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan masyarakat sekitar.

Ustaz Irwan Aswandy sedang berkongsi ilmu dengan Ahli Keluarga PUSPEN

Forum bermula jam 3.00 petang dan saya mulakan dengan mengaju soalan kepada Ustaz Irwan Aswandy  untuk memulakan bicara. Soalan yang saya lontarkan kepada Ustaz Irwan Aswandy berkisar tentang maksud sebenar pengorbanan yang dituntut oleh Islam. Adakah sekadar mampu membeli kambing, lembu, dan kerbau dengan bilangan yang banyak kemudian menyembelihnya sudah dikira telah melakukan pengorbanan..? Atau terdapat suatu makna yang lebih jauh dari itu yang ingin Allah SWT jelaskan kepada kita. Ustaz Irwan Aswandy mampu mengupasnya dengan begitu baik sekali. Beliau membuat kesimpulan dengan mengatakan apapun yang kita lakukan, semuanya menuntut kepada keredhaan Allah SWT. Saya pun membuat kesimpulan, adalah lebih baik lembu seekor yang mendapat redha Allah atas ibadah korbannya berbanding dari lembu yang berpuluh-puluh ekor namun Allah tidak redha dengan korbannya kerana ada sifak menunjuk kepada orang atas kekayaannya.

Ustaz Roslan Che Ros sedang mengupas persoalan yang diajukan

Saya beralih pula kepada ahli panel yang kedua untuk mengaitkan tajuk perbincangan dengan Sirah (sejarah) nabi-nabi terdahulu yang sentiasa melakukan pengorbanan. Pengorbanan yang dilakukan oleh umat terdahulu semuanya berlaku kerana adanya ujian yang diberikan oleh Allah. Dengan kata lain, ujian Allah itu menuntut kepada pengorbanan dari manusia. Saya cuba kaitkan Ahli Keluarga PUSPEN yang sekarang ini berada dalam ujian Allah. Allah uji keimanan mereka dengan najis dadah. Ini juga bermakna, mereka perlu melakukan pengorbanan yang besar dalam hidup mereka kalau ingin melihat sinar iman kembali menyinar dalam diri mereka. Saya meminta Ustaz Roslan Che Ros menjawab persoalan apakah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Ahli Keluarga dalam menghadapi cabaran mendatang ini? Alhamdulillah, Ustaz Roslan Che Ros berjaya menjawab dengan baik persoalan ini. Beliau memaklumkan ada tiga kategori bala yang Allah turunkan kepada makhluknya. Pertama; Bala Takrim – iaitu bala yang Allah turunkan kepada hambanya kerana untuk memuliakan dan meningkatkan lagi darjat hamba tersebut. Seperti ujian yang diterima oleh para Nabi dan Sahabat. Kedua; Bala Ta’dib – Bala jenis ini Allah bagi kepada hambanya sebagai pengajaran supaya hamba tersebut mampu belajar sesuatu. dan ketiga; Bala Ta’zib – Bala ini Allah bagi kepada hambanya sebagai azab  kerana tidak beriman kepada-Nya.

Antara penonton yang hadir ke Forum Perdana ini

Saya sempat juga membuka ruang kepada penonton untuk mengajukan soalan kepada ahli-ahli panel. semua penonton memberi perhatian yang baik sepanjang sesi pertama ini berlangsung biarpun cabaran melaksanakan forum jam 3.00 petang ini cukup hebat. Betapa bersusah-payahnya kami bertiga di atas pentas cuba untuk menarik perhatian penonton agar tidak ‘terkorban’ sewaktu forum berlangsung. Apa tidaknya, forum perdana buat pukul 3.00 petang.. tempat pula di padang kawad bawah khemah. Keadaan camni cukup cantik la kalau tangkap lentok nii… Nak buat forum waktu malam, kami dimaklumkan boleh mengundang bahaya dari aspek keselamatan. Maklumlah buat dalam kawasan sebegini.. macam-macam boleh berlaku. Atas sebab itu, kami tetap meneruskan hajat pihak penganjur.

Terima kasih kepada pihak penganjur di atas kesudian menjemput saya dan terima kasih atas kepercayaan pihak penganjur menjemput saya untuk mengendalikan forum selaku pengerusi bersama-sama ahli-ahli panel yang disegani. Semoga perjumpaan yang singkat ini menjalin hubungan yang kekal erat hendaknya.

One Response to “FORUM PERDANA ‘ERTI PENGORBANAN’ PUSPEN KARANGAN”

  1. salam sejahtera; a\keluaga; saya ex pelatih di sini nak menucapkan selamat berpuasa kepada a\keluaga beragama islam semoga ramadan ini dapat berkat dari allah . ..pelan2 kayuh. nti sampai harinya kita pulang…………SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA YANG AKAN DATANG……………[KHAIRUL NAIM.BIN MOHD YUSOFF 19478...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: